Sabtu, 6 Disember 2014

TING TONG!! JANGAN TANYA DAH!!!

Mengimbas kembali beberapa persoalan yang sama dihadapi..bosan, sangat membosankan…
Don’t you know that, question that I hate most is when someone ask me whether I have boyfriend or not…

One of my friend used to ask, kenapa perempuan zaman sekarang tak sama seperti zaman dulu… yup, memang betul, perempuan zaman sekarang tak sama seperti zaman dulu…perempuan zaman dulu penuh dengan kelembutan dan sifat malu…mungkin kerana persekitaran kot…zaman sekarang, even berada dirumah pun boleh bersembang dengan pelbagai jenis orang…bila dah terbiasa, maka sifat malu untuk berkawan dengan berlawanan jantina tu berkurang…lagipun sekarang ni, pengaruh-pengaruh negative mudah tersebar… tak sama bukan bermakna tak elok, Cuma perkara yang negative itu lebih mudah tersebar dan lebih mudah Nampak sedangkan yang baik sengaja buat-buat tak Nampak…seronok sebar keburukan orang ni….boleh tokok tambah, respon pun ramai…iye tak????? Dah macam menyimpang sikit dengan persoalan asal kan…hahaha…tapi itu, harga sebuah kemodenan, hilanglah tradisi…

He also ask, what women look into a man…perempuan ni, dia suke lelaki yang macam mana…well, dia tanya pada orang yang salah nie…hahaha..mana lah aku tahu, walaupun aku juga perempuan, tapi persoalan yang macam gini, aku tak amik port sangat…

Tapi yang pasti,  kena tengok beberapa ciri…
1)      Perempuan tu sendiri macam mana, baik ke tak? Social ke tak? Dan etc…
2)      Macam mana layanan lelaki kat dia..kalau baik layanannya, insyaallah harapan tu ade walaupun xsemestinya dia terima..
3)      Rupa, penampilan…
4)      Dan lain2…xde idea dahhhhhhh…..adoiiii

#perempuan or lelaki dulu2 mak ayah yang carikan jodoh, sekarang mak ayah sendiri lebih suka anak-anak cari sendiri..so macam mana nak control benda-benda macam nie..mak ayah pun sporting sebab kalau mereka halang pun,belakang diorang, masing ada pasangan jugak….untuk berkongsi rasa hati katanya…entahlah…pendapat korang macam mana…bab2 macam nie memang serender even tuannya jiwang sikit..hahaha



Bagi diri saya sendiri, sebolehnya memang menolak untuk bercinta….bukan tak teringin, bukan tak cemburu tengok orang sekeliling sweet2 dengan pasangan masing2…walaupun cemburu, walaupun teringin, Insyaallah prinsip yang satu tu saya pegang….

Kenapa?? Sebab saya kenal diri saya macam mana, sebab saya tahu perangai saya macam mana, dan sebab saya tahu saya tak kuat dengan dugaan duniawi ini…sebelum terbabas, baik jaga diri sendiri…

Dan harapan saya, jika suatu hari berjumpa dengan jodoh saya yang entah siapa dan dimana, jumpa family saya terus ya….bantu saya untuk tidak menerima lelaki yang tak halal buat saya…will really appreciate that…

Khamis, 27 November 2014

MANA PRINSIP YANG AWAK PEGANG SANGAT TU???

Bunyi nye lebih kurang macam tu...aku sendiri pun dah tak ingat...dah 3 tahun kot, kalau mampu ingat satu persatu perkataan tu, aku memang hebat lah....

Kata2 ini diutarakan oleh one of my classmate masa aku diploma kat UTHM dulu...hai awak........macam dia baca je kan...ntah2 dia pun dah lupa yg dia pernah cakap cam gitu...

Kenapa dia cakap macam tu?

Sebabnya, aku pernah cakap yang aku tak nak bercinta...sekurang-kurangnya waktu study, kalau boleh biarlah bercinta masa dah bersedia nak bina rumah tangga...kononnya.....but then, ada aritu, aku ponteng kelas keusahawanan semata2 nak keluar ngan syahmi...huhuhu...syahmi plak g post gambar kat fb..sengaja post...aduhh, kantoilah..tp aku kontrol maintain, xde lah nmpak sangat gelabah nye...ntah mana dah si syahmi ni...lama dah tak contact...biarlah dia ye.....

Berbalik pada kawan aku ni, dia pertikaikan, kenapa aku sanggup ponteng kelas semata-mata nak keluar kan...hurmmmm...kenapa ek? Ntahlah....tapi buat pengetahuan awak ye, prinsip tu masih saya pegang ok...dulu atau sekarang masih sama....don't worry, ada peluang lagi nie.....hahaha. (kalau betul dia baca, mesti dia cakap aku perasan habis)...gurau je ye....

Tapi itulah yang aku pegang selama nie, tp orang tak pernah nak faham...bukan hati ini tak terusik, bukan hati ini tak tersentuh...dan bukan sekali diri ini mengatakan perkara yang sama...berulangkali.....

Apakah ingat saya hanya bermain kata? Alasan untuk menolak mungkin?
atau awak yang pernah ambil serius apa yang saya kata?
sentiasa lupa?
Itu tandanya saya ni tak penting pun....

Kenapa nak bercinta sangat nie, kalau inginkan tempat nak luah masalah, sekarang pun boleh...sentiasa ada...tapi bila orang tanya, banyak pula dalih nye..xnak plak cerita....nak mesej manja2...dah besar panjang kan...tak payah nak mengada sangatlah...buang karan je...lagi ape sebab nya...

Oklah....ikhlas menyintai...uhukkkkk...terbatuk2 dibuatnye...kalau saya terima, dah sedia nak ikat?? Kalau setakat bercinta, terumbang ambing tak ada jaminan akan kekal...

Tapi kadang2 jeles dengan member2 yg ada pakwe nie, dapat hadiah teddy bear comel2, coklat, kuar wayang, makan same2...sweet2...

Tak mampu kot nak jadi macam tu...sayakan pemalu...lebih2 lagi dengan lelaki...(ok, yg nie over)

I wonder, how long can i keep this promise, promise that i made to myself...

Susah nak yakinkan saya, jika anda mampu, silakan....owh..saya xmakan dengan kata2....prove it..how you do it?? Up to you....

Khamis, 20 November 2014

BILA RINDU BERTAMU

Samsul...Samsul bin Mohd Zahari...Sudah 10tahun pergi meninggalkan kami...sesungguhnya, tidak pernah sekali kami melupakan...

Aku masih ingat bila aku terima berita kehilangan...pulang dari sekolah, turun dari bas, kemudian dijemput disimpang jalan, "bila sampai dirumah jangan terkejut ye, sabar deh"..disapa dengan kata2 tersebut,dengan hairan, tertanya2 ada ape..dirumah,  kelihatan penuh dengan orang ramai, dalam hati berkata "ada ape? Ada kenduri ke? Xde plak bgtau apa2.." melangkah naik ke atas, disapa dengan pertanyaan "eda xtau ke?" Mungkin sebab aku tersenyum....dan ya aku memang xtaw bahawa kami kehilangan....

Walaupun kami jarang bertemu..bertemu hanya dihari raya, tahun baru cina, namun kehilangan tetap terasa...menusuk ke hati paling dalam...bertambah sebak pabila melihat luka pada jenazah akibat kemalangan....

Bertambah sebak pabila ayah demam seminggu lamanya selepas bersemadinya abang...

Ayah, walaupun ayah tegas, selalu marah anak2, sebab dia ayah.....sayangnya pada anak2 terlindung pada garangnya, namun sayangnya xpernah kurang.....tapi anak2 xpernah nak paham ayah....

Rindu, sungguh aku rindu...nak balik kg..

Tetiba teringat pada malam nie, air mata mula bertakung...Insyaallah esok aku pulang...rindu, sungguh aku rindu...selamat malam..a

Rabu, 5 November 2014

Diari Seorang Aku (4)

Suatu masa dulu, aku sering saja tersenyum walaupun hanya dengan satu teguran... aku tersenyum kepada sesiapa sahaja..namun bila ku sedari yang senyum ku tiada dipandang. Aku termalu sendiri.

Mudah nya senyuman ku lempar, begitulah jua air mata ku alir...mungkunkah kerana lembutnya hati...atau mungkin juga kerana lemahnya diri...

Berlalunya masa, hatiku ku asuh agar menjadi sedingin, dinginnya salju..hati ku ku asuh agar menjadi sekeras, kerasnya batu...

View that i love the most.... 

Sabtu, 26 Julai 2014

Diari seorang aku (3)

Dulu aku sangkakan bahawa aku sangat suka akan warna hijau. Setiap kali hari raya tiba, baju raya mesti warna hijau.. dari hijau muda, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau pekat..berbagai kategori hijau.. sehingga pabila pintu almari dibuka, separuh daripada baju kurung yang ada berwarna hijau.. bila fikir balik, aku sedar bahawa aku memang suka warna hijau tapi itu bukan pilihan aku.. itu pilihan mak aku sebab dia memang sukakan hijau.. mungkin disebabkan terbiasa dengan hijau, aku menganggap bahawa itulah pilihan aku..

Kemudian, aku cuba untuk pelbagaikan pilihan yang ada.. owh..aku xpernah ada baju kurung warna merah walaupun t-shirt kebanyakannya merah. Mungkin disebabkan aku dan warna merah berjodoh atas pelbagai sebab, aku menjadikan merah sebagai pilihan, merah sebagai warna kesukaan.. setiap kali beli barang mesti warna merah,,dan motor kepunyaan aku juga berwarna merah..adakah aku benar-benar sukakan warna merah… kebetulannya, salah satu seminar yang pernah aku hadiri mengajar kami peserta mengira tarikh lahir dan padanan warna dan kerjaya.. aku api sesuai dengan warna merah dan xsesuai dengan warna hijau…

Sejak dari itu, aku mula meninggalkan warna hijau…bukan membenci tapi mungkin lebih kepada beralih arah…dan sekarang aku mula member tumpuan pada warna biru.. ya biru..

Pilihan selalu berubah, keutamaan juga berubah mengikut masa dan keadaan. Begitu juga denga perjalanan hidup bila kita sangkakan bahawa sukakan sesuatu sama ada orang atau benda, seluruh tumpuan adalah untuk ia.

Namun, bila ada pilihan yang lebih baik, mungkin, atau keadaan yang memaksa sama ada dalam bentuk maklumat atau pencerahan dari sisi baik mahupun buruk, kita mula berubah kerana mengharapkan perubahan itu mampu memberikan harapan, keyakinan yang baru walaupun xseberapa…mungkin..

Adakah ini menandakan bahawa aku tidak tetap pendirian..? berubah mengikut keadaan semasa..dan yang paling penting, aku sememangnya tidak yakin dengan hatiku sendiri..kerana itu aku membiarkan ia berubah mengikut pandangan semasa.. bukan bermakna aku tidak tetap pendirian, namun jika hati tidak mampu untuk berpegang pada kata-kata, bagaimana untuk aku berdiri kukuh pada satu sudut..

Jika hanya melibatkan warna, hijau merah mahupun biru atau mana-mana warna lain, ia bukan satu masalah yang besar.. selagi mana ia mampu memuaskan hati, menenangkan jiwa, menyejukkan mata yang memandang, maka pilihlah…

Namun warna-warni hidup tak semudah yang di sangka…

Rabu, 25 Jun 2014

Berpisah Jua..

hampir setahun masa berlalu sejak pertama kalinya menjejakkan kaki ke UMP...masa yang singkat berlalu dengan cepat..akhirnya kami berpisah jua....pulang ke kampung halaman tercinta menghabiskan cuti dan berpuasa bersama keluarga..selama 2 semester menjadi roomate, bukan tempoh yang lama, dan bukan juga satu saat yang sekejap...

bila seorang demi seorang balik dan akhirnya tinggal aku sendiri..sebak merantai hati...uittt, ada satu paper lagi esok nie...and now mood nak study dah hilang...sedihh...nak nangis rasa....

pada awalnya, tiada apa2 kurasakan melainkan perasaan ingin pulang membuak-buak di dalam dada..namun semakin dekat detik perpisahan itu tiba, makin sebak rasanya....

maafkan aku wahai roomates ku atas segala kesalahan yang aku lakukan sepanjang kita bersama...mungkin aku bukanlah roomate yang baik, namun aku menghargai kehadiranmu dalam hidupku...

roomate kita bagi surat cinta, alololo..sweet je..
selamat bercuti, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berhari raya...

note# sem depan dah bertukar roomate....rumah sewa belum dapat lagi nie...aduh sayang..

Isnin, 23 Jun 2014

my dummy question..

it always happen u see...kadang-kadang aku rasa macam lee kwang soo...kwang soo yang dalam running man tu...speak without thinking...just speak what ever come across my mind..but of coz our situation are different...and it is not totally the same, just in some situation only,,...



well...and also, i am not that friendly in person...barely speak...and i speak only with people who i comfortable to speak with...juz a few...sometimes i do act like im such a "happening" happy go lucky person..and i'm telling you, it doesn't work at all...and that time, "stupid" question will come out from my mouth and i will regret it later...how stupid i am..urghhhhhhhhhh..and the response that i always get will make me regret even more.....is it because of the timing, wrong timing?? maybe...



well, mungkin juga disebabkan aku jarang bergaul dengan orang kot...menghabiskan masa dengan menyendiri..so, because of that, i didn't feel comfortable to be around people...hurmmmmmmmmmmmm..maybe....

too much probability....

aishhh...relakssss...ignore everything, pretend like it never happen,..

#sambung main game..

Jumaat, 20 Jun 2014

diari seorang aku (2)

hidup ini bukan lah seindah yang disangka..onak dan duri pasti ada di lorong yang tenang...mungkin kedamaian yang terlakar hanya bayangan yang cuba ditunjukkan bagi menutup hati yang dilanda kemarau sepi...

seringkali hati ini disalah erti...bukan aku yang pinta namun ia tetap hadir...seringkali aku cuba memahami, menunjukkan betapa aku peduli...namun seringkali juga ia dipandang sepi sehinggakan, sehinggakan hati ini berhenti untuk memikirkan lagi...mungkin aku bukan sebaik dia, dia, mahupun dia..namun tafsiranmu terhadapku membuatkan hati ku sepi...

kini, hatiku membeku...tingkahku mula kaku..pada dasarnya aku mula berhenti memikirkan keadaan disekelilingku dengan harapan aku tak akan menimbulkan salah paham...mungkin dengan ketidakpedulianku akan menjadikan aku visible pada pandanganmu...

tapi ternyata harapanku tinggal harapan...kedinginan yang aku tonjolkan meletakkan aku dijuram yang dalam...kerana kamu, aku bagaikan berjalan dibumi asing...maafkan aku jika tindakan aku ini masih lagi menimbulkan ketidaksenangan mu terhadapku...

jika aku tak mampu membahagiakan dunia, sekurangnya biarkan aku membahagiakan hati kecilku walaupun ia mungkin tercapai...

diari seorang aku (1)



setiap hari apabila aku bangkit dari tidur yang lena, aku mengharapkan sinar pagi akan bersinar indah, mengharapkan aku akan terus tersenyum sepanjang hari...namun yang pasti harapan tidak selalu akan menjadi kenyataan..tapi harapan itu akan masih terpahat dihati..dan harapan yang sama akan terus disandarkan walau tiada hari seindah harapan.. kerna, harapan itulah yang menguatkan aku setiap hari.. memberi aku kekuatan untuk terus tersenyum walau pahit yang mendatangi...

sinar mentari yang muncul dibalik jendela menyinari hidup aku, sehingga aku berharap agar detik itu tak akan pernah berlalu pergi...naif sungguh kan...

disaat aku membayangkan waktu dan detik itu, aku akan tersenyum seolah-olah disitu adalah tempat yang aku sedang berdiri...bersendiri menikmati indahnya permulaan hari...

disini, aku melayari hidupku sendiri..tenggelam dalam diriku sehingga tiada sesiapa pun yang dibenarkan menerobos ke dalam diri aku..kadangkala aku tersenyum dengan tiba2, dan kadang kala aku menangis tanpa sebab,..pelik kan..tapi itulah aku....

 mungkin akan ada yang bertanya, kenapa dengan dia???pelik...atau mungkin dia tidak bertanya walau sekali, hanya tanggapan demi tanggapan yang dilemparkan...namun tidak mengapa kerana aku masih disini, berdiri ditempat yang sama,..aku tetap aku....


Sabtu, 10 Mei 2014

Aku Dan Cinta

Cinta, cinta dan cinta.... 
aku dan cinta adalah sesuatu yang mustahil..
buat masa sekarang...
sangat mustahil...

bukan kerana aku xpunya perasaan...
niatku ingin menjaga hati...

jika dia yang aku tertarik aku lepaskan....
bagaimana dengan insan yang sudah ku anggap kawan...
akan kah aku terima??

aku senang begini...
senang tanpa lelaki yang bergelar kekasih...

jika kita tidak boleh kekal sebagai hanya sahabat, menganggap hanya sebagai sahabat....ku undurkan diriku sepenuhnya dari hidup mu......

___________________________________________________________

amboi ayat....tapi tu lah...hidup ini bukan hanya berkisar tentang cinta yang belum pasti berkesudahan yang baik...satu persoalan yang aku sangat tak suka bila perkara sebegini dibangkitkan.  tolonglah, aku bukan jenis yang havoc, kecoh, banyak cakap....aku lebih suka diam daripada bercakap, lebih suka buat hal sendiri daripada sibuk-sibuk ambil tahu hal orang kecuali jika ada perkara yang penting.

nak bercakap jiwang-jiwang lagilah tak reti, yang suka merajuk memang abaikan terus....

jiwa saya jiwa bebas, kenapa saya nak kongkong dengan meletakkan penjaga??


Rabu, 7 Mei 2014

Just Simply Becoz Of It


Aku Mencari Kesempurnaan

bukan mudah meladeni hidup sebagai seorang aku...hati selalu berbolak balik, hati selalu tidak keruan..adakah begini dan adakah begitu yang harus aku tetapkan...seorang aku??

ya...aku tetap aku, walaupun goyah dalam berdiri, tumbang dalam teguh...berdiri hanya mennti, teguh bukan dasarnya...kerana aku tetap aku....

kesempurnaan yang aku cari kerana aku tetap aku...bukan sempurna pada hakikat, tapi sempurna pada hatiku...

aku masih di sini, berdiri tidak lagi menanti...berdiri untuk mencari....

apa yang aku cari bukan apa yang kamu lihat....sepuluh persoalan, hanya satu jawapan...bukan ya atau tidak tapi lebih dari itu....

mengerti tapi tidak memahami...sama tetapi tidak serupa...

kesempurnaan yang aku impi, bukan mimpi di balik mimpi....

sedikit cela, merubah persepsi kerana kunci bukan lagi kunci...


Selasa, 15 April 2014

Group Assignment

this past few week, terlalu banyak tugasan berkumpulan aku dapat dalam 4-5 tugasan jugak lah..untuk tugasa berkumpulan sahaja...belum termasuk yang individual lagi...can u imagine that...termasuk dengan aktiviti koko lagi, kem sana sini...memang agak busy jugak, kadang2 terpaksa memilih antara 2 dan pilihan ketiga adalah xyah join semua..kikiki...

as usual, i will wait for who will mention it first...hanya sekadar melihat siapa yang betul2 bersungguh nak buat kerja tu..just wait until someone brought it up...dalam masa yang sama cari jugak lah maklumat, senang nak buat kerja nanti..

Alhamdulillah, mostly memang akan buat kerja yag ditugaskan..jika ada pembahagian tugas, aku biarkan je diorang pilih dulu...xkisah sangat mana2 pun, jika niat kita nak belajar, sikit atau banyak tak menjadi masalah...tapi kalau banyak sangt kerja dalam satu masa, memang cincai2 je lah....

satu ciri yang aku perhatikan yang ada dalam diri aku lah kan, bukan nak memuji diri ye, i'm a bit perfectionist...which means, selagi aku boleh buat, aku akan buat sesempurna yang boleh...i will check it one by one, i will read it one by one, set semula setting, ajdust satu demi satu sampai satu tahap i think it is ok...bukan betul2 sempurna tapi just ok pada pandangan aku...kalau nak betul2 sempurna, seminggu belum tentu cukup untuk aku berpuas hati dengan kerja aku...di sini sempurna dari segi format sahaja...kalo totally sempurna segalanya, memang lama lah rasanya.....

kadang2, student pandai jugak, kalo lect stated kan spacing 1.5, dia memang setkan 1.5 tapi bagi setiap line ayat dia akan tekan enter..so even 1.5, jarak dia akan lagi besar, so bila kata nak 2 page, dia memang buat 2 page, tapi bila adjust balik, benda tu baru 1 1/2 page je...pandai tak....benda nie lecturer dapat detect sebenarnya...apa salahnya kita letak sedikit effort untuk tambah ayat, atau mgkin some pict, graph, flow chart from the internet. it surely look different...

bertanggungjawab dalam kerja berkumpulan....apart from topic yang kita pilih, mesti ada benda2 lain yang perlu diberi perhatiankan macam intro, conclusion, cover, reference, table of content, lampiran kalo perlu dan benda2 yang kecil2 yang lain....mostly kalo kerja berkumpulan, sape yang yang volunteer nak combine, mesti semua benda tu jadi extra work tuk dia....dia lah yang paling banyak kerja.....kesian tuk diriku,...

aku memang tak akan puas hati kalo orang lain yang siapkan, kalo orang lain yang amik tugasan tuk combine semua...kalau memang orang lain yang combine, mesti nak tengok jugak sebelum hantar...macam lah kite nie bagus sangat...ishhh....

tapi sebenarnya, aku sangt appreciate kalo ada yang offer untuk tolong buatkan atleast conclusion, or intro, xpun tanya apa yang belum complete, benda yang remeh temeh tu dah siap belum, nak "saya" tolong buatkan ke tak..and so on...tapi masalahnye tak ade...soalan yang selalu ditanya dah siap dah?? macam kita xde keje lain nak buat..,..intead of tanya, sape nak combine, dah siap ke belum, bila nak buat and so on, pe salahnye offer diri...

kadang2 pernah jugak, buat je bahagian aku + bahagian yng remeh temeh sedikit sebanyak terus bagi kat ahli kumpulan yang lain...sambung, suruh diorang siapkan...tapi penghujungnya memang tak puas hati tapi diamkan je buat tak tahu...

tak puas hati bukan sebab dia buat tak bagus ke apa, tak puas hati sebab tak macam yang aku nak je...cerewet lah katakan....sabor je lahh....

Jumaat, 11 April 2014

Kem Transformasi Negara Mahasiswa UMP..

pada 8/4 - 10/4/14, Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menyertai program ini yang diadakan di kem Bina Negara Kuala Lipis (B), Pahang.  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari fasilitator untuk Minggu Induksi Siswa (Minds) bagi pengambilan julai nanti.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak program ini mampu membuka minda tentang pentingnya menjadi seorang warganegara yang baik.. Sesebuah negara itu amat penting kepada penduduknya.  kita sebagai rakyat Malaysia harus berjuang untuk menjaga walauapapun terjadi.  cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti negara kita diancam, apakah yang kita akan lakukan.  sekarang ini walaupun negara kita masih dikategorikan sebagai "aman", namun tak mustahil suatu hari nanti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin, Mesir, dan sebagainya akan berlaku di negara kita..SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA APAKAH TINDAKAN KITA NANTI?

masih berpeluk tubuh, membiarkan sahaja, mengambil sikap tunggu dan lihat atau apa? sikap cintakan negara perlu ada dalam diri setiap warganegara.  jadi pupuklah rasa itu.

saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu tersebut, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman sahaja.  sepanjang 3 hari 2 malam disana, pelbagai aktiviti dilakukan.  sangat seronok.  saya sukakan aktiviti outdoor, aktiviti lasak dan sesuatu yang mampu mencabar kemampuan saya sebagai seorang wanita. sebenarnya saya mengharapkan lebih banyak aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, masuk hutan, aktiviti di tasik dan sebagainya, tapi dapat mencuba abseiling (taktau ejaan macam mana) pun dah kira ok lah kan. masa2 yang lain dipenuhi dengan aktiviti LDK yang bertujuan untuk membina sikap, keyakinan, kerjasama dan sebagainya.  selain itu, melalui program ini para fasilitator akan menilai sikap seseorang sama ada peserta sesuai untuk MINDS atau tidak.

Insyaallah keputusan untuk Minds akan dikeluarkan dalam masa terdekat.  untuk terlalu yakin, rasanya entahlah peserta yang join kem seramai 120, fasi yang diperlukan adalah lebih kurang 65 sahaja. Jika rezeki itu milik saya, jika tidak kita duk umah buat biskut raya sebab selepas final exam, jatuh pada bulan puasa dah start gerak kerja dah...kita tunggu ok..

#owh, pada 18-20 april ada kem asas wataniah.. sangat busy..hari ini sebenarnya rancang nak ke klang sebelum cuti midsem habis, tapi terpaksa batalkan sebab assignment yang bertimbun... buka sem, hari isnin ada yang dah nak kena hantar, tambah lagi dengan test, quiz...terpaksa memilih...hurm..studentkan...terima ajelah..

#bila kami diminta menyanyi lagu teman sejati beramai-ramai, sebak jugak rasanya... sesungguhnya pengalaman mematang, pengalaman merubah, pengalaman menjadikan manusia lebih berhati-hati...kekal rasional....itu yang terbaik.

Alhamdulillah...

bersyukur sangat2...tak sangka lulus.  pertama kalinya lulus exam. mungkinkah ini memang rezeki aku.belum g temu duga g dah berangan ye.  tapi memag beryukur sangat2 lah sebab lulus.  sesuatu yang tak dijangka sebenarnya.. harapan yang sangat tipis disandarkan.

walaupun lulus, nak pergi ke tak ek temu duga tu.. owh, surat temu duga masih belum dikeluarkan lagi,,...so tak tahu.  sama ada terpilih untuk temu duga ke tak...


ha, tu dia...wahhh..tapi akak awal-awal lagi xbagi berhenti blajar..banyak benda nak kena difikirkan neh...

persoalannya sekarang, andai kata dapat surat temu duga tu nak pergi or tak??

Khamis, 27 Mac 2014

kini aku tersenyum....

entah kenapa entah mengapa...aku tersenyum dalam kesunyian..entahkan pada siapa, memandang kosong entah pada apa....ku pandang disekeliling ku..tiada apa yang lucu mencuit hati...semuanya masih sama tiada yang berubah...namun ku tersenyum...

secangkir senyuman yang hadir tiada diduga membuatkan aku terpinga-pinga...mengapa senyuman itu hadir...adakah ada yang mengusik hati....atau adakah yang mengetuk kotak fikiranku....tiada, sememangnya tiada....

namun....

setelah senyuman itu hadir...pelbagai kenangan mula berlegar di fikiranku....pahit maung hidup yang telah ku lalui, ternyata menjadikan aku pada hari ini....

kadangkala aku rasakan aku seperti insan yang tiada hati...kaku dalam perlakuan, kabur dalam pandangan...memandang kosong pada suasana sekeliling ku, memandang sepi pada insan yang ku temui....pandanganku tembus ke penghujung yang tiada bertepi....

dan kini...

bila ku kenang semua, hatiku mula sebak....aku insan yang kaku, aku insan yang tidak prihatin, aku insan yang menyendiri dalam hiruk pikuk suasana.....

dalam senyum yang terukir, ada sebak datang bertandang.....namun takku hiraukan....kerana ia yang mencorakkan aku pada hari ini...aku yag lahir dari peristiwa semalam....aku berharap agar aku mampu menjadi aku yang dulu....namun ternyata ia sukar untuk ku gapai....biarkan sahaja aku menyepi, tenggelam dalam dunia ku sendiri....

aku kan tetap tersenyum dalam diam, aku kan tetap tersenyum dalam kesamaran, aku kan tetap tersenyum walaupun hambar, walaupun hatiku merintih....

biarkan ku tetap tersenyum.....

Isnin, 24 Februari 2014

crying like a baby

secara seriusnye aka seriously, last night i don't really know what happen to me...i am crying like a baby..a baby also didn't crying as much as i did...for almost 2 hours...arghhhhhhhhhhhhhhh...stresssssssssssss..

but then, why did i cried....there must be a reason...yup, there are a reason but i shouldn't write it here.....if someone related with it read this then i will be a dead meat...cant imagine that...scary..

but somehow, it was me who at fault b'coz i never tried to express what i really feel about it...rasa nak marah, tak puas hati, rimas, tak boleh...nak gelak tak boleh, nak senyum pun tak boleh...everything are blended together in my head...what should i do....

for sure, yang salah itu aku...kenapa tak boleh nak express kan apa yang berbekam dalam hati..tell them out loud...tak payah nak pedulikan apa yang mereka akan fikir nanti...ya, i should do that from the beginning...i never care what other people are doing, their affair are not my interest...seriously its true...but i do care about their feeling...bercakap tak semudah melakukan...coz actually i do care...hurmmmm

so from now on, i should protect myself...right..

malunya kat my ex-classmate..he heard me cry...for the first time... i shouldn't sms him, i shouldn't tell him...

sebenar-benarnya, semalam i really need somebody to talk to but not about my own problem, but to talk about anything that can bring me away from my problem just for a while so i can stop crying...that's all..i dont need a solution, an advice just someone to speak with....to tell them what really happen to me it just not me....

pendam dan memendam....keep everything alone and it will blow up just like last night...it does happen often...sabar je lah......

Selasa, 18 Februari 2014

Soal Jodoh....

bila berkumpul ramai-ramai mesti akan timbul soal nie...alkisahnya, hujung minggu lepas aku dan mak aku pergi ke klang, umah kakak.. tengoklah citer menjinak ombak...sebenarnya aku tak minat sangat tengok drama melayu...artis-artis yang baru muncul sekarang ni memang aku tak kenal.  yang lama2 dulu kenallah..  lagipun cerita sekarang kisahnya lebih kurang je....setakat nak tengok sekejap2 tu boleh lah hilangkan bosan, tapi tak ade lah ternanti2 setiap episod...

berbalik soal jodoh, kebetulan waktu tu heroin drama kena paksa kahwin dengan ustaz apa tah namanya timbullah soal jodoh nie..

akak kata kadang2 kita dapat rasa yang seseorang tu bukanlah jodoh kita.  bila bersama dengan dia, kita akan rasa tak selesa dan rasa rimas.  tapi kalo dengan orang yang inn syaa allah jodoh kita kita akan rasa tenang dan boleh bercerita apa sahaja walaupun kita tak terasa nak bercerita... walaupun benda tu sbenarnya kita taknak bercerita..  which means, kita boleh berkongsi dengan dia...

ini mungkin hanyalah pedapat peribadi akak je, tapi bila difikirkan balik ada betulnya juga..  kalau kita dah rasa xselesa nak berhadapan dengan dia, macam mana nak hidup bersama nanti..  memanglah orang kata cinta itu boleh dipupuk...tapi macam mana nak pupuk kalo asal berhadapan je hati rasa panas betul tak...

pape pun soal jodoh nie, bukanlah mainan semata2.. orang zaman sekarang banyak yang lupa diri apabila bercinta...bila buka facebook je, banyak page yang post pasal betapa "rosak"nya remaja kita....tanpa rasa malu membuka aib sendiri sama ada zina, maksiat...semuanya lah...malahan bangga dengan dosa....

mungkin inilah yang dikatakan keterbukaan minda dimana semua perkara sebolehnya dibuka dan dihebahkan pada orang/....

sedarlah, sayang yang sebegitu tak akan kekal...dan mungkin juga anda tak berjodoh dengan dia...kesian bakal jodoh anda mendapat sisa kejahilan kita.....berubahlah sebelum terlambat, sucikan diri dengan taubat...mudahan jodoh yang diperolehi ada keberkatannya...

Selasa, 11 Februari 2014

Dibuai Mimpi

hari ini dikhabarkan dengan berita kematian nenek saudara sebelah ayah....sudah hampir dua minggu arwah sakit dan hari ini jam 9.00 pagi beliau pergi untuk selama2nya....arwah Tok ngoh mek sangat baik orangnye...dia merupakan ibu saudara merangkap ibu susuan ayah....dekat kg nie mostly ada pertalian darah dari sedekat2nye hingga bau2 bacang...kami memang berasal dari sini....diharapkan para pembaca dapat menyedekahkan Al-fatihah untuk beliau...dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang bertaqwa. AMIN..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnya aku nak citer pasal mimpi yang aku dapat pagi tadi...hurmmmm....masih lagi orang yang sama...someone that i used to know....dan kisah dari mimpi ke mimpi seolah2 kisah yang bersambung2 antara aku dan dia....DIA DIA DIA.......

dalam mimpi tersebut aku sedag online facebook...macam biasa...sedang aku scroll new feeds, ada satu video yang dia upload...mengenai dia....dia bersama teddy bearnye, kalo tak silap 3 teddy bear yang besar kaler pink dan salah satunye aku hadiahkan...(aku hadiahkan teddy bear pade lelaki???? kaler pink??? kalo dia hadiahkan kat aku macam best jugaklah kan..nie dah terbalik nie...hurmmmmm) dalam video tersebut dia sedang memeluk teddy bear dan adalah sedikit ucapan kat situ.....dia cakap, kalo xsalah ingatan dan ayat tu aku ubah lah sikit2 bagi sedap ayat...tapi maksud dia lebih kirang je....dia cakap "hari-hari memeluk teddy bear akan berakhir lepas nie nak peluk isteri pulak...."lepas tu keluar gambar aku....

lepas tu aku tersedar lah dari tidur.....

semakin hari semakin pelik dengan mimpi2 yang aku dapat...tapi wataknye tetap sama walaupun situasi yang berbeza2...

adakah mimpi2 ini boleh dikatakan sebagai petunjuk????

ada orang kata, kalau kita mimpikan seseorang, itu tandakan dia sedang merindui kita.....betul ke awak rindukan saya????

ada juga orang kata, kalau kita memikirkan tentang dia sebelum tidur, maka kemungkinan untuk mimpikan dia adalah tinggi.....ade ke fikir pasal dia...rasanya semalam baca novel + tengok running man je....hurmmmmmmmm...

pape pun ini semua mainan tidur...makin difikir makin confius, maka xpayah fikir pape.....ADIOS...

Sabtu, 18 Januari 2014

Di Saat Aku Di Lamar

masih terbayang dalam fikiran. di saat itu, aku sedang mandi manda di sungai. mungkin juga boleh dikatakan kawasan pesisir pantai.  bermain-main di sana sehingga semua masalah yang membebankan hilang ditelan kedamaian suasana petang ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.

tiba-tiba datang seorang lelaki yang telah lama aku kenali. dia melamar aku.  masih dapat aku bayangkan rupa aku ketika itu.  sangat bahagia.  tersenyum indah.  namun dia katakan bahawa aku masih perlu menunggu dia kerana kami tak mungkin akan berkahwin dalam masa terdekat ini.  kerana, pada saat itu, dia baru memulakan langkah pertama dalam kerjaya. dia ingin memberikan yang terbaik buatku.

aku tersenyum.  bahagia mungkin dengan kata2nya.  lantas aku membalas.  awak tak perlu memberikan saya kemewahan.  untuk majlis tersebut cukuplah yang sederhana.  cincin biasa-biasa pun dah cukup. hanya sebagai tanda.  yang penting kita bersama.

lantas, aku terus pergi meninggalkan dia untuk berfikir.

kemudian.  selepas, kata sepakat mula dicapai, aku bersama temanku mula mencari-cari rumah sewa  untuk kami bina mahligai bahagia.

aku menjumpai sebuah rumah dengan sewa rm200 shaja sebulan.  agak murah kan.  rumah tersebut agak besar, rumah kayu dengan design rumah kampung dulu-dulu.

namun, ada sesuatu yang pelik dengan rumah tersebut.  tuan rumahnya tinggal dibelakang rumah, di sebuah bilik kecil bersama anak perempuannya.  agak pelik sebenarnya.  semasa mengenalkan kawasan rumah tersebut, rumah tersebut kelihatan usang seperti tiada penghuni kecuali kawasan di bahagian yang diduduki oleh mak cik itu.

aku mengajak temanku bermalam di situ untuk mengemaskan rumah tersebut.  mula-mula, temanku itu yang hendah menyapu kawasan rumah, alih-alih aku pulak yang kena.  ikutkan sahaja.

ketika aku hendak mengemas satu bilik yang sangt besar dan lapang.  terasa seperti ada sesuatu yang memerhati.  lantas aku mengajak teman ku untuk menemani ku di situ.  dia ragu-ragu.  sedang kami menyapu lantai dan membersih kan sawang, datang sekumpulan orang yang berpakaian seperti pesilat melayu lama dan menjalankan ritual kepada kami berdua. kami seolah2 terpaku disitu sehinggalah semua berakhir.  dan mereka semua menghilang.  kami terus meninggalkan bilik tersebut.

itu lah, siapa suruh tidur terlajak hingga ke petang.  kan dah mimpi yang pelik-pelik.  muka lelaki  yang melamar masih terbayang2.  kadang2 kalo fikirkan balik kawasan peranginan tempat melamar tu, macam selalu je masuk dalam mimpi.  cuma ni kali pertama di lamar.  cuma aku tak ingat muka kawan yang teman aku tu.  ish..

muda lagi kot.  takkan nak kawin dah, ye tak..  hurm.. tapi rupa aku dan cara aku bercakap dengan lelaki tu macam memang aku menunggu saat tu tiba, betapa happy nye.  cara cakap pun agak menggoda.. cewahhh....pape pun itu semua mimpi......

KALAU BUKAN MIMPI, ADAKAH AKU MASIH AKAN MEMBERIKAN REAKSI YANG SAMA JIKA DILAMAR OLEH DIA??? KAMI HANYA KAWAN.

Khamis, 9 Januari 2014

Minggu peperiksaan..

nampak tak tajuk dia...minggu peperiksaan tu....
tapi study nye tidak...dalam fikiran sekarang rasa nak balik je...
and i was thinking either should i go home on 13 jan or 14 jan 2014..last paper 0n 13 morning...
tak sabarnye nak balik.....

sebenarnye xde motif pun tulis entry nie...entah lah...cuma terasa nak update je blog.....at this moment, perasaan terasa bercampur baur...tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan....nak kata sedih, rasanya memang tak lah....nak kata kecewa sikit tu adalah.....nak kata hepi, hepi ke??....dah rasa macam kecelaruan perasaan dah nie...

jam sekarang menunjuk kan 3.39AM, 9 january 2014...dah masuk hari baru dah pun...tapi tak terasa nak tido pun.....

i dont really know what it is, but for sure i should think harder what i really want in mylife...it seems blurry....

SHOULD IT OK IF I LEAVE UMP NOW, AND WORK??? 

family wont allowed it for sure...hurmmmm.....actually, i dont have the heart to study anymore....especially after i worked and my salary are more than enough to fulfill my needs....

CUBA BERTAHAN DISINI..........

Sabtu, 4 Januari 2014

What We Call It As Love.....

love are not just a words...
its comes from the heart...

love are not just a feeling...
it commit with our soul...

love are not just being together...
but it comes with responsibility...

love are not just between you and me...
but it consist of all family...

knowing a meaning of love...
and love will fill in your heart, fulfill your desires...