Isnin, 28 Januari 2013

Keluarga ^_^

kadang2 kita xsedar apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini,...dan kadang2 kita sedar tapi kita takut untuk memulakan langkah yang pertama....hanya keberanian untuk berterus terang, untuk berjuang untuk apa yang kita inginkan akan menjanjikan kemenangan, kebahagiaan hakiki....

Rabu, 23 Januari 2013

salam maulidur rasul...

setiap tahun mesti ada sambutan maulidur rasul...peringkat sekolah, kampung, daerah, mahupun negeri...jangan lupa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...semoga kita diberkati Allah SWT....

rindu zaman sekolah dulu....setiap tahun mesti ada perarakan sambutan maulidur rasul...dan masa tingkatan 5, ptama kalinya aku berlakon dalam persembahan pantomin sempena sambutan maulidur rasul....sangat gementar...tapi alhamdulillah berjaya dilakonkan dengan baik....

to all my dearest friends, i miss all of u so much....kalau lah tahun terakhir kita bersama tidak diiringi peristiwa duka, mesti sekarang ni kita akan kekal BFF kan walaupun saya yang paling pendiam....


Rabu, 16 Januari 2013

ikan siakap cukup rasa



ikan siakap 3 rasa,
ada tomato, timun dan nanas,
pedulikan apa orang nak kata,
nanti ngko jugak yang panas...

yang 3 rasa sudah merasa,
yang kukus pun ok juga,
nanti datang le tu penambah perisa,
kena batang hidung sendiri padan muka.

penambah perisa banyak jenama,
maggi ada, halagel pun ada,
jangan jadi talam 2 muka,
kena sepak sakit saja.

bab makan tak pernah habis,
ada sokmo resepi baru,
cerita orang tak pernah dia lepas,
murai pun tak macam tu tau.

lauk dah settle,
skang giliran pencuci mulut,
sekali tengok dah macam google,
aib sendiri pun tak tertutup.

amboi berseleranya makan,
sampai tak tengok kiri kanan,
adat manusia lah kan,
kalo pasal orang menceceh je manjang.

dulu ada le baca kat internet,
katanya kat akhirat ada yg makan daging sdare,
itu le balasan orang mengumpat,
nak merasa teruskan je.

tu dia selingan sikit,
peganti puding yang tak jadi,
pasal agama ambil tahu le sikit,
jangan duk sesuka hati.

penat jugak memasak ni,
yang last skali tembikai laici,
baiknya dia memang tak terperi,
dah banyak pahala dia bagi.

syukurlah perut dah kenyang,
gendang gendut tali kecapi,
mangsa umpat memang untung,
agaknya dah bertimbun pahal free.

ALLAH ITU MAHA ADIL, LET US SAY ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH FOR YOUR KINDNESS

Jumaat, 11 Januari 2013

RESEPI: siakap 3 rasa

beberapa minggu lepas try masak ikan siakap 3 rasa..first time nak buat neh...dan hasilnye sedapppp bangettt...dah lama nak share kat sini tapi xberkesempatan...tanpa membuang masa lagi.......JOM..

antara bahan2 nya adalah...

untuk ikan

1)perapkan ikan dengan garam an kunyit..lepas tu goreng sampai masak....ada sesetengah orang tu dia salut dengan tepung dulu....tp saya buat yang simple je...xyah nak pening2 kepala...

untuk sos / sambal 

4-5 biji bawang putih
2-3 biji bawang merah besar
1 biji tomato
halia
8-10 tangkai cili kering

*semua bahan kat atas dikisar...sesuka hati korang lah nak letak banyak mana pun...masak memasak nie kadang2 xboleh nak ikut resepi sangt...tapi jangan lebih2 plak...saya pun men agak2 je...sesedap rasa..

timun batang
nenas
tomato
lobak merah
bawang besar

* semua bahan2 nie dipotong dadu..jgn besar sangt..kuantiti dia pun agak2 je lah nak letak banyak mana...kalo suka sayur boleh potong banyak sikit..

garam
gula
sos tomato
sos cili

cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis kan bahan kisar sehingga betul2 masak....kalo xmasak rasa dia xsedap nanti...
  2. masukkan sedikit air, garam dan gula, biar kan sekejap...masukkan sos tomato dan sos cili..
  3. selepas seketika, masukkan potongan dadu tadi, apabila rasa sudah sebati, cukup rasa, masukkan ikan dan sedia dihidang..
DAN HASILNYA.....TADAAAAAAAAAAA



SELAMAT MENCUBA