bila berkumpul ramai-ramai mesti akan timbul soal nie...alkisahnya, hujung minggu lepas aku dan mak aku pergi ke klang, umah kakak.. tengoklah citer menjinak ombak...sebenarnya aku tak minat sangat tengok drama melayu...artis-artis yang baru muncul sekarang ni memang aku tak kenal. yang lama2 dulu kenallah.. lagipun cerita sekarang kisahnya lebih kurang je....setakat nak tengok sekejap2 tu boleh lah hilangkan bosan, tapi tak ade lah ternanti2 setiap episod...
berbalik soal jodoh, kebetulan waktu tu heroin drama kena paksa kahwin dengan ustaz apa tah namanya timbullah soal jodoh nie..
akak kata kadang2 kita dapat rasa yang seseorang tu bukanlah jodoh kita. bila bersama dengan dia, kita akan rasa tak selesa dan rasa rimas. tapi kalo dengan orang yang inn syaa allah jodoh kita kita akan rasa tenang dan boleh bercerita apa sahaja walaupun kita tak terasa nak bercerita... walaupun benda tu sbenarnya kita taknak bercerita.. which means, kita boleh berkongsi dengan dia...
ini mungkin hanyalah pedapat peribadi akak je, tapi bila difikirkan balik ada betulnya juga.. kalau kita dah rasa xselesa nak berhadapan dengan dia, macam mana nak hidup bersama nanti.. memanglah orang kata cinta itu boleh dipupuk...tapi macam mana nak pupuk kalo asal berhadapan je hati rasa panas betul tak...
pape pun soal jodoh nie, bukanlah mainan semata2.. orang zaman sekarang banyak yang lupa diri apabila bercinta...bila buka facebook je, banyak page yang post pasal betapa "rosak"nya remaja kita....tanpa rasa malu membuka aib sendiri sama ada zina, maksiat...semuanya lah...malahan bangga dengan dosa....
mungkin inilah yang dikatakan keterbukaan minda dimana semua perkara sebolehnya dibuka dan dihebahkan pada orang/....
sedarlah, sayang yang sebegitu tak akan kekal...dan mungkin juga anda tak berjodoh dengan dia...kesian bakal jodoh anda mendapat sisa kejahilan kita.....berubahlah sebelum terlambat, sucikan diri dengan taubat...mudahan jodoh yang diperolehi ada keberkatannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan