masih terbayang dalam fikiran. di saat itu, aku sedang mandi manda di sungai. mungkin juga boleh dikatakan kawasan pesisir pantai. bermain-main di sana sehingga semua masalah yang membebankan hilang ditelan kedamaian suasana petang ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.
tiba-tiba datang seorang lelaki yang telah lama aku kenali. dia melamar aku. masih dapat aku bayangkan rupa aku ketika itu. sangat bahagia. tersenyum indah. namun dia katakan bahawa aku masih perlu menunggu dia kerana kami tak mungkin akan berkahwin dalam masa terdekat ini. kerana, pada saat itu, dia baru memulakan langkah pertama dalam kerjaya. dia ingin memberikan yang terbaik buatku.
aku tersenyum. bahagia mungkin dengan kata2nya. lantas aku membalas. awak tak perlu memberikan saya kemewahan. untuk majlis tersebut cukuplah yang sederhana. cincin biasa-biasa pun dah cukup. hanya sebagai tanda. yang penting kita bersama.
lantas, aku terus pergi meninggalkan dia untuk berfikir.
kemudian. selepas, kata sepakat mula dicapai, aku bersama temanku mula mencari-cari rumah sewa untuk kami bina mahligai bahagia.
aku menjumpai sebuah rumah dengan sewa rm200 shaja sebulan. agak murah kan. rumah tersebut agak besar, rumah kayu dengan design rumah kampung dulu-dulu.
namun, ada sesuatu yang pelik dengan rumah tersebut. tuan rumahnya tinggal dibelakang rumah, di sebuah bilik kecil bersama anak perempuannya. agak pelik sebenarnya. semasa mengenalkan kawasan rumah tersebut, rumah tersebut kelihatan usang seperti tiada penghuni kecuali kawasan di bahagian yang diduduki oleh mak cik itu.
aku mengajak temanku bermalam di situ untuk mengemaskan rumah tersebut. mula-mula, temanku itu yang hendah menyapu kawasan rumah, alih-alih aku pulak yang kena. ikutkan sahaja.
ketika aku hendak mengemas satu bilik yang sangt besar dan lapang. terasa seperti ada sesuatu yang memerhati. lantas aku mengajak teman ku untuk menemani ku di situ. dia ragu-ragu. sedang kami menyapu lantai dan membersih kan sawang, datang sekumpulan orang yang berpakaian seperti pesilat melayu lama dan menjalankan ritual kepada kami berdua. kami seolah2 terpaku disitu sehinggalah semua berakhir. dan mereka semua menghilang. kami terus meninggalkan bilik tersebut.
itu lah, siapa suruh tidur terlajak hingga ke petang. kan dah mimpi yang pelik-pelik. muka lelaki yang melamar masih terbayang2. kadang2 kalo fikirkan balik kawasan peranginan tempat melamar tu, macam selalu je masuk dalam mimpi. cuma ni kali pertama di lamar. cuma aku tak ingat muka kawan yang teman aku tu. ish..
muda lagi kot. takkan nak kawin dah, ye tak.. hurm.. tapi rupa aku dan cara aku bercakap dengan lelaki tu macam memang aku menunggu saat tu tiba, betapa happy nye. cara cakap pun agak menggoda.. cewahhh....pape pun itu semua mimpi......
KALAU BUKAN MIMPI, ADAKAH AKU MASIH AKAN MEMBERIKAN REAKSI YANG SAMA JIKA DILAMAR OLEH DIA??? KAMI HANYA KAWAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan