Samsul...Samsul bin Mohd Zahari...Sudah 10tahun pergi meninggalkan kami...sesungguhnya, tidak pernah sekali kami melupakan...
Aku masih ingat bila aku terima berita kehilangan...pulang dari sekolah, turun dari bas, kemudian dijemput disimpang jalan, "bila sampai dirumah jangan terkejut ye, sabar deh"..disapa dengan kata2 tersebut,dengan hairan, tertanya2 ada ape..dirumah, kelihatan penuh dengan orang ramai, dalam hati berkata "ada ape? Ada kenduri ke? Xde plak bgtau apa2.." melangkah naik ke atas, disapa dengan pertanyaan "eda xtau ke?" Mungkin sebab aku tersenyum....dan ya aku memang xtaw bahawa kami kehilangan....
Walaupun kami jarang bertemu..bertemu hanya dihari raya, tahun baru cina, namun kehilangan tetap terasa...menusuk ke hati paling dalam...bertambah sebak pabila melihat luka pada jenazah akibat kemalangan....
Bertambah sebak pabila ayah demam seminggu lamanya selepas bersemadinya abang...
Ayah, walaupun ayah tegas, selalu marah anak2, sebab dia ayah.....sayangnya pada anak2 terlindung pada garangnya, namun sayangnya xpernah kurang.....tapi anak2 xpernah nak paham ayah....
Rindu, sungguh aku rindu...nak balik kg..
Tetiba teringat pada malam nie, air mata mula bertakung...Insyaallah esok aku pulang...rindu, sungguh aku rindu...selamat malam..a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan