Sabtu, 29 September 2012

harapan Tinggal Harapan



kadang kala aku terfikir...untungnya mereka yang memiliki pecinta yang setia...bertuahnya mereka yang memiliki cinta yang sejati....namun pada masa yang sama aku terfikir beruntungnya mereka yang memiliki cinta selepas berumah tangga....itu lebih terjamin kan...walaupun cinta mungkin hanya sementara kearana tadir Ilahi siapa yang mampu menduga tapi ternyata cinta selepas kahwin sangat indah....sekurang-kurang kasih sayang yang dicurahkan adalah pada si dia yang berhak memiliki.....

cinta sebelum kahwin tidak elok kah???
sesungguhnya, aku cemburu melihat pada mereka yang sedang asyik bercinta, saling mengungkap kata sayang...tapi kecemburuan ku hanya sementara kerana ku sedar permainan perasaan sangat indah...akan tetapi kekalkah ia sehingga masjid berjaya dibina....

cinta hanya satu perasaan yang terbit dari jiwa...tetapi rasa itulah yang menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan bertindak di luar kewarasan akal sehingga cerita-cerita yang sangat menyayat hati selalu disiarkan di media massa…pembuangan bayi akibat berzina, khalwat, sumbang mahram berleluasa sehinggakan masyarakat merasa muak….pendedahan yang terlampau juga meyebabkan manusia hari ini terikut-ikut gaya yang dimulakan oleh barat…ternyata ketamadunan manusia semakin hilang dan diganti dengan kejahilan semata-mata…

sebuah cinta yang sejati menuntut sebuah pengorbanan bukan dibuktikan dengan pujukan rayu mahupun “kemesraan”….bila memikirkan hal itu darahku membuak naik kerana ia melibatkan maruah diri seorang gadis…

kenapa iktibar tidak diambil malahan hanya mementingkan keseronokan sahaja…bila nafsu menguasai fikiran, apa nak dikatakan, itulah dia…..

##lari dari topik sebenar dah nie, sedangkan tadi nak tulis pasal harapan  je…=.=’


Isnin, 24 September 2012

buat mu Kasih

Alhamdulillah...
hari demi hari yang aku lalui, terasa lebih bermakna dan lebih terisi dengan perubahan demi perubahan yang aku lakukan demiMu....pernah dulu ia hanya sebuah cita2 yang aku tanamkan dalam hatiku yang lemah akan godaan duniawi....pernah juga aku usahakan ia untuk jadikan aku insan yang lebih baik disisiMu...namun ternyata aku tewas lagi akan godaan demi godaan yang wujud disetiap persimpangan....aku kembali menjadi aku yang dulu...malahan kali ini ternyata lebih alpa berbanding diriku yang lalu....

ternyata sangat mudah untuk berubah, tapi untuk istiqamah, aku tidak mampu..lemah kah aku kerna aku tidak mampu untuk terus mendekati cintaMu...malahan hari demi hari aku makin jauh dariMu...

dihatiku, difikiranku terus memikirkan akan kebesaran Mu, namun ternyata tingkah laku ku tidak selari dengan hatiku...sikap malas dan leka membuaikan aku menjadikan aku lebih jauh, makin jauh dari Mu...

aku terpana...ternyata dengan kuasaMu yang maha Agung, Kau berikan cabaran yang aku sendiri tidak pernah terlintas difikiran ku...aku mula mempersoalkan, namun aku sedar Kau hanya mahu aku sedar dan bangkit dari tidurku lena...aku akan jadikan diriku lebih kuat, lebih matang malah lebih berhati-hati dalam setiap tindakan ku...

aku berterima kasih padaMu kerana menjadikan aku pada hari ini, akan aku usahakan agar cinta Mu adalah untukku...


Ahad, 23 September 2012

Erti sebuah Kesabaran..

kesabaran..sangat mudah diungkap belum tentu terlaksana..apabila berdepan dengan sebuah permasalahan sama ada besar atau kecil...seringkali kita akan melatah dan tanpa disedari keluarlah segala amarah dalam bentuk kutukan, cacian serta perkataan-perkataan yang amat tajam yang mampu membakar hati mereka yang mendengar...

kesabaran manusia amat terbatas..mungkin???..kita selalu mengatakan "jangan sampai kesabaran aku sampai hadnya" "jangan sampai aku hilang sabar"...alangkah beruntungnya mereka2 yang mampu bersabar sehingga ke penghujungnya...kerana Allah SWT telah mengurniakan mereka satu jiwa yang kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup...

dalam dalam sebuah kesabaran yang kita cuba ungkapkan, jangan pula menjadi seorang manusia yang lemah...mendiamkan diri walau apapun yang berlaku...hanya tunduk dan menganguk umpama burung belatuk membina sarang....tegas lah dalam pendirian dan kuatkan diri dalam menghadapi isu2 yang timbul...

kadang kala masalah masalah datang tanpa kita duga....malahan selama hari ini, rasanya amat menjaga kata dan perlakuan agar masalah tidak datang terutama perkara yang amat mengaibkan...tapi masih jua timbul....itulah cabaran dan dugaan yang harus kita tangani dengan penuh kesabaran agar masalah tersebut makin mengecil dan hilang dan bukan nya makin membesar hingga bernanah didalam hati...

kesabaran bukan hanya dibibir tapi dihati.....sucikan hati insyaallah perkataan yang keluar juga menyejukkan hati yang sedang amarah, fikiran juga lebih tenang malahan penyelesaian juga menjurus ke arah kebahagian..insyaallah

Isnin, 17 September 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum salam diberi...
Sebagai awalan pembuka kata...
Saya blogger baru berdiri...
Semoga pembaca sentiasa ceria...

susah juga ya nak cipta pantun....dah puas berfikir hasilnya tak seberapa....buat pembaca semua yang Insyaallah akan temui blog saya ini harap dapat beri sokongan ya....