Jumaat, 12 Oktober 2012

semi final piala m'sia 2012..

semalin lama minat aku terhadap bola makin bercambah...
kalau boleh stiap kali ada bola mesti nak tengokk...opss, itu pun kalau pasukan THE RED WARRIOR yang lawan r...semangat kenegerian yang tinggi neh...mungkin ini sebab pasukan TRW nie semakin naik dan potensi yang ada dalam diri pemain semakin terserlah....but of coz dengan pengurusan yang terbaik...thanks to tan sri annuar musa...

#masa sekolah dulu minat amri yahyah ngan bambang pamungkas, pemain import dari indon uh#

lagipun negeri sendirikan, seriusly, aku memang tak suka bila orang kutuk negeri TAMAN SERENDAH SEKEBUN BUNGA neh..makin dikutuk makin aku sayangkan negeri tanah kelahiran...

dah, cukup membebelnya, untuk perlawanan pada malam ini kelantan TRW berjaya menewaskan selangor RG dengan gol 2-0 dan mata agregate 3-0..TRW akan lawan dengan ATM di final nanti pada 20 oct lau xsilap..

GOMO KLATE GOMO.......

lautan merah di SSA, insyaallah

Ahad, 7 Oktober 2012

PANTUN BERPANTUN


Dalam hati punya taman….
taman indah diserikan bunga…
betapa hati diisi indahnya percintaan…
takkan luntur walau masa berganti masa…

tinggi-tinggi si burung kenari…
terbang hinggap di pohon sena…
datanglah abang datang kemari…
datang berhajat ke rumah bonda…

berseri sungguh si dara pingitan…
senyuman terukir berlesung pipit…
rombongan diterima bersama hantaran…
tanda hati sudah terikat….

Kembang sudah bunga ditaman…
Jangan di petik sesuka hati…
Jagalah tingkah dan juga perbuatan…
Sebelum akad disalami….

Tangga meniti tangga….
Tangga terbina dari bata…
Termeterai sudah ikatan antara kita…
Moga berbahagia ke akhirat sana….


Selasa, 2 Oktober 2012

lagu Nian DiHati


Hati mendayu berirama….
Berlagu rindu umpama lagu nan sayu…
Hati mula terharu…
Tanpa punca sebak bertamu…
Lagu cinta yang ku mainkan membawa sendu…
Entah untuk siapa ku tujukan…
Kerna hatiku belum berpunya…
Umpama hati yang ketandusan…
Aku mencari sumber kekuatan…
Tempat mencurah segala derita..
Bercerita segala peristiwa…
Alunan melodi yang merdu….
Mendamaikan jiwa…
Irama  melodi yang lirih…
Seumpama memahami getaran yang melanda dijiwa…
Sejauh mana aku cuba mendalami…
Sekuat itulah ia hadir…
Penasaran hati ini…
Mahukan kepastian…
Hati yang tidak mengerti hatinya….
Fikiran yang terombang maksudnya…

#i’m sensitive enough to be hurt…and I strong enough to attempt…comes whatever wanna come, go whatever wanna go…I still here, wishing for the best^_^