Selasa, 15 April 2014

Group Assignment

this past few week, terlalu banyak tugasan berkumpulan aku dapat dalam 4-5 tugasan jugak lah..untuk tugasa berkumpulan sahaja...belum termasuk yang individual lagi...can u imagine that...termasuk dengan aktiviti koko lagi, kem sana sini...memang agak busy jugak, kadang2 terpaksa memilih antara 2 dan pilihan ketiga adalah xyah join semua..kikiki...

as usual, i will wait for who will mention it first...hanya sekadar melihat siapa yang betul2 bersungguh nak buat kerja tu..just wait until someone brought it up...dalam masa yang sama cari jugak lah maklumat, senang nak buat kerja nanti..

Alhamdulillah, mostly memang akan buat kerja yag ditugaskan..jika ada pembahagian tugas, aku biarkan je diorang pilih dulu...xkisah sangat mana2 pun, jika niat kita nak belajar, sikit atau banyak tak menjadi masalah...tapi kalau banyak sangt kerja dalam satu masa, memang cincai2 je lah....

satu ciri yang aku perhatikan yang ada dalam diri aku lah kan, bukan nak memuji diri ye, i'm a bit perfectionist...which means, selagi aku boleh buat, aku akan buat sesempurna yang boleh...i will check it one by one, i will read it one by one, set semula setting, ajdust satu demi satu sampai satu tahap i think it is ok...bukan betul2 sempurna tapi just ok pada pandangan aku...kalau nak betul2 sempurna, seminggu belum tentu cukup untuk aku berpuas hati dengan kerja aku...di sini sempurna dari segi format sahaja...kalo totally sempurna segalanya, memang lama lah rasanya.....

kadang2, student pandai jugak, kalo lect stated kan spacing 1.5, dia memang setkan 1.5 tapi bagi setiap line ayat dia akan tekan enter..so even 1.5, jarak dia akan lagi besar, so bila kata nak 2 page, dia memang buat 2 page, tapi bila adjust balik, benda tu baru 1 1/2 page je...pandai tak....benda nie lecturer dapat detect sebenarnya...apa salahnya kita letak sedikit effort untuk tambah ayat, atau mgkin some pict, graph, flow chart from the internet. it surely look different...

bertanggungjawab dalam kerja berkumpulan....apart from topic yang kita pilih, mesti ada benda2 lain yang perlu diberi perhatiankan macam intro, conclusion, cover, reference, table of content, lampiran kalo perlu dan benda2 yang kecil2 yang lain....mostly kalo kerja berkumpulan, sape yang yang volunteer nak combine, mesti semua benda tu jadi extra work tuk dia....dia lah yang paling banyak kerja.....kesian tuk diriku,...

aku memang tak akan puas hati kalo orang lain yang siapkan, kalo orang lain yang amik tugasan tuk combine semua...kalau memang orang lain yang combine, mesti nak tengok jugak sebelum hantar...macam lah kite nie bagus sangat...ishhh....

tapi sebenarnya, aku sangt appreciate kalo ada yang offer untuk tolong buatkan atleast conclusion, or intro, xpun tanya apa yang belum complete, benda yang remeh temeh tu dah siap belum, nak "saya" tolong buatkan ke tak..and so on...tapi masalahnye tak ade...soalan yang selalu ditanya dah siap dah?? macam kita xde keje lain nak buat..,..intead of tanya, sape nak combine, dah siap ke belum, bila nak buat and so on, pe salahnye offer diri...

kadang2 pernah jugak, buat je bahagian aku + bahagian yng remeh temeh sedikit sebanyak terus bagi kat ahli kumpulan yang lain...sambung, suruh diorang siapkan...tapi penghujungnya memang tak puas hati tapi diamkan je buat tak tahu...

tak puas hati bukan sebab dia buat tak bagus ke apa, tak puas hati sebab tak macam yang aku nak je...cerewet lah katakan....sabor je lahh....

Jumaat, 11 April 2014

Kem Transformasi Negara Mahasiswa UMP..

pada 8/4 - 10/4/14, Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menyertai program ini yang diadakan di kem Bina Negara Kuala Lipis (B), Pahang.  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari fasilitator untuk Minggu Induksi Siswa (Minds) bagi pengambilan julai nanti.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak program ini mampu membuka minda tentang pentingnya menjadi seorang warganegara yang baik.. Sesebuah negara itu amat penting kepada penduduknya.  kita sebagai rakyat Malaysia harus berjuang untuk menjaga walauapapun terjadi.  cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti negara kita diancam, apakah yang kita akan lakukan.  sekarang ini walaupun negara kita masih dikategorikan sebagai "aman", namun tak mustahil suatu hari nanti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin, Mesir, dan sebagainya akan berlaku di negara kita..SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA APAKAH TINDAKAN KITA NANTI?

masih berpeluk tubuh, membiarkan sahaja, mengambil sikap tunggu dan lihat atau apa? sikap cintakan negara perlu ada dalam diri setiap warganegara.  jadi pupuklah rasa itu.

saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu tersebut, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman sahaja.  sepanjang 3 hari 2 malam disana, pelbagai aktiviti dilakukan.  sangat seronok.  saya sukakan aktiviti outdoor, aktiviti lasak dan sesuatu yang mampu mencabar kemampuan saya sebagai seorang wanita. sebenarnya saya mengharapkan lebih banyak aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, masuk hutan, aktiviti di tasik dan sebagainya, tapi dapat mencuba abseiling (taktau ejaan macam mana) pun dah kira ok lah kan. masa2 yang lain dipenuhi dengan aktiviti LDK yang bertujuan untuk membina sikap, keyakinan, kerjasama dan sebagainya.  selain itu, melalui program ini para fasilitator akan menilai sikap seseorang sama ada peserta sesuai untuk MINDS atau tidak.

Insyaallah keputusan untuk Minds akan dikeluarkan dalam masa terdekat.  untuk terlalu yakin, rasanya entahlah peserta yang join kem seramai 120, fasi yang diperlukan adalah lebih kurang 65 sahaja. Jika rezeki itu milik saya, jika tidak kita duk umah buat biskut raya sebab selepas final exam, jatuh pada bulan puasa dah start gerak kerja dah...kita tunggu ok..

#owh, pada 18-20 april ada kem asas wataniah.. sangat busy..hari ini sebenarnya rancang nak ke klang sebelum cuti midsem habis, tapi terpaksa batalkan sebab assignment yang bertimbun... buka sem, hari isnin ada yang dah nak kena hantar, tambah lagi dengan test, quiz...terpaksa memilih...hurm..studentkan...terima ajelah..

#bila kami diminta menyanyi lagu teman sejati beramai-ramai, sebak jugak rasanya... sesungguhnya pengalaman mematang, pengalaman merubah, pengalaman menjadikan manusia lebih berhati-hati...kekal rasional....itu yang terbaik.

Alhamdulillah...

bersyukur sangat2...tak sangka lulus.  pertama kalinya lulus exam. mungkinkah ini memang rezeki aku.belum g temu duga g dah berangan ye.  tapi memag beryukur sangat2 lah sebab lulus.  sesuatu yang tak dijangka sebenarnya.. harapan yang sangat tipis disandarkan.

walaupun lulus, nak pergi ke tak ek temu duga tu.. owh, surat temu duga masih belum dikeluarkan lagi,,...so tak tahu.  sama ada terpilih untuk temu duga ke tak...


ha, tu dia...wahhh..tapi akak awal-awal lagi xbagi berhenti blajar..banyak benda nak kena difikirkan neh...

persoalannya sekarang, andai kata dapat surat temu duga tu nak pergi or tak??