Jumaat, 11 April 2014

Kem Transformasi Negara Mahasiswa UMP..

pada 8/4 - 10/4/14, Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menyertai program ini yang diadakan di kem Bina Negara Kuala Lipis (B), Pahang.  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari fasilitator untuk Minggu Induksi Siswa (Minds) bagi pengambilan julai nanti.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak program ini mampu membuka minda tentang pentingnya menjadi seorang warganegara yang baik.. Sesebuah negara itu amat penting kepada penduduknya.  kita sebagai rakyat Malaysia harus berjuang untuk menjaga walauapapun terjadi.  cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti negara kita diancam, apakah yang kita akan lakukan.  sekarang ini walaupun negara kita masih dikategorikan sebagai "aman", namun tak mustahil suatu hari nanti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin, Mesir, dan sebagainya akan berlaku di negara kita..SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA APAKAH TINDAKAN KITA NANTI?

masih berpeluk tubuh, membiarkan sahaja, mengambil sikap tunggu dan lihat atau apa? sikap cintakan negara perlu ada dalam diri setiap warganegara.  jadi pupuklah rasa itu.

saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu tersebut, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman sahaja.  sepanjang 3 hari 2 malam disana, pelbagai aktiviti dilakukan.  sangat seronok.  saya sukakan aktiviti outdoor, aktiviti lasak dan sesuatu yang mampu mencabar kemampuan saya sebagai seorang wanita. sebenarnya saya mengharapkan lebih banyak aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, masuk hutan, aktiviti di tasik dan sebagainya, tapi dapat mencuba abseiling (taktau ejaan macam mana) pun dah kira ok lah kan. masa2 yang lain dipenuhi dengan aktiviti LDK yang bertujuan untuk membina sikap, keyakinan, kerjasama dan sebagainya.  selain itu, melalui program ini para fasilitator akan menilai sikap seseorang sama ada peserta sesuai untuk MINDS atau tidak.

Insyaallah keputusan untuk Minds akan dikeluarkan dalam masa terdekat.  untuk terlalu yakin, rasanya entahlah peserta yang join kem seramai 120, fasi yang diperlukan adalah lebih kurang 65 sahaja. Jika rezeki itu milik saya, jika tidak kita duk umah buat biskut raya sebab selepas final exam, jatuh pada bulan puasa dah start gerak kerja dah...kita tunggu ok..

#owh, pada 18-20 april ada kem asas wataniah.. sangat busy..hari ini sebenarnya rancang nak ke klang sebelum cuti midsem habis, tapi terpaksa batalkan sebab assignment yang bertimbun... buka sem, hari isnin ada yang dah nak kena hantar, tambah lagi dengan test, quiz...terpaksa memilih...hurm..studentkan...terima ajelah..

#bila kami diminta menyanyi lagu teman sejati beramai-ramai, sebak jugak rasanya... sesungguhnya pengalaman mematang, pengalaman merubah, pengalaman menjadikan manusia lebih berhati-hati...kekal rasional....itu yang terbaik.

Tiada ulasan: