Selasa, 1 Mac 2016

TERSUKA



Suka..
Satu patah perkataan yang mempunyai seribu erti…
Adapun, terpulang pada si pentafsir makna…

Bila disebut kata suka…
Ada yang mengangap ia sebagai cinta..
Mungkin!
Tiada yang salah dalam perasaan..
Andai emosi sebagai sandaran…
Andai luahan secocok gambaran…

Suka…
Mungkin sememang kasih dan sayang…
Sebagai kekasih, sebagai sahabat
sebagai guru dalam menongkah arus..
Atau minat???

Mungkin juga sekadar suka..
Kerana ia cantik untuk dilihat…
Kerana ia baik membawa manfaat…
Kerana ia menepati hajat dihati….

Ada yang mengatakan aku suka dia,
Kerana sifatnya meruntun hati,
Namun bukan sekadar dia,
Setiap lelaki menepati ciri…

Ada juga yang mengaku suka…
Hanya sebagai pendamping duka…
Namun memiliki bukan agenda…
Sekadar teman untuk bicara…

lalu, jika ada yang bertanya “awak suka saya?” maka jawablah “ya, saya suka kamu” diiringi pelengkap kata…sebagai apakah suka yang diucap agar tiada harapan yang punah…agar jelas sejernih kali…  
p/s: hati yang berbolak balik sifatnya, kadang kurasakan suka itu cinta, namun tiada rindu yang bertamu…kadang ada rasa ingin bertemu, namun dirimu membuat aku jemu…mungkin aku yang silap dalam menilai hati dan perasaan sehingga dirimu tidak lagi ku tunggu…kerna hati itu berbolak balik sifatnya, begitu juga dengan perasaanku…saat kau sirami dengan bebunga, hati ini mekar mewangi…saat kau menyepi tiada tara, kuncupnya kuntum menjadi metafora…mungkin juga hati ini belum menyakini kerana bolak baliknya rasa………