Rabu, 7 November 2012

tentang sebuah rasa...

pernah dulu aku alami...
tentang rasa sebuah cinta...
sebuah cinta yang sukar dijelaskan..
apakah sejati atau permainan sahaja...

pernah dulu aku selami...
ke dalam hatiku yang abstrak ini...
namun...
hingga kini..
masih jua belum aku temui...
jawapan yang aku cari...

pernah dulu aku tanamkan...
ke dalam hatiku untuk menolak rasa itu...
aku mencoba dan terus mencoba...
namun ia tetap hadir...
mematahkan dinding pemisah..
yang selama ini aku bina...

rasa dan rasa...
apa sebenarnya yang aku rasakan...


bukan mudah untuk menerima...
bertambah payah untuk menolak...
apatah lagi si dia..
yang berjaya menarik perhatianku...

aku tetap aku...
tak pernah berubah...
namun hatiku keliru...
siapakah sebenarnya yang aku mahu...

kadang kala...
aku diuji lagi...

satu demi satu..
merisik khabar berita..
katanya mahu jadikan aku bidadari hidup..
katanya mahu jadikan aku penyeri syurga...
katanya mahu bersama dalam suka dan duka..

insan yang berbeza punya rasa yang sama...
lalu,...
yang mana harus ku terima...
ciri apakah yang harus aku jadikan sandaran...

kini rasa itu...
ada yang semakin mekar...
ada juga yang semakin layu...
ku harapkan yang mekar kan terus mekar..
dan yang layu akan menjadi benih...
benih yang bakal menghasilkan pepohon yang subur...
bersama bebunga yang indah...

rahsia ILaHi xmampu aku duga...
rahsia hatimu xsanggup aku singkap....
biarlah masa yang menentukan segala...
biarlah takdir menunjukkan jalan...

Tiada ulasan: