Selasa, 4 Disember 2012

book review MEMIMPIN DIRI SENDIRI


Memimpin Diri sendiri karya Ahmad Zabidi Abdul Razak merupakan sebuah buku yang menerangkan bagaimana hendak membentuk kemahiran memimpin diri. Kemahiran ini amat penting bagi membentuk jati diri serta keyakinan seseorang individu terutamanya bagi para pelajar untuk memimpin diri sendiri mahupun sesebuah organisasi.  Dengan adanya kemahiran ini mereka akan mampu menguasai diri sendiri, tahu merancang masa hadapan dan tidak mudah mengalah dengan cabaran. Buku ini terdiri daripada lima bab yang utama dan dipecah-pecahkan kepada beberapa topik kecil. 

Bab pertama pertama dalam buku ini adalah mempimpin diri sendiri.  Di dalam bab ini potensi serta pengertian kepimpinan diri diolah secara ringkas tetapi padat dengan penerangan yang mudah difahami. Kepimpinan diri adalah proses seseorang individu menggunakan kekuatan dan kemahiran akal serta potensinya secara menyeluruh.  Bab kedua pula merangkumi teori-teori membina kepimpinan diri.  Pelbagai teori diperkenalkan dalam pelbagai bidang agar ia dapat digunakan sebagai panduan memimpin diri. Sebagai contoh, teori daya motivasi McClelland terdiri daripada empat daya motivasi yang utama antaranya adalah motivasi pencapaian, motivasi penggabungan, motivasi kemampuan dan motivasi kuasa.  Setiap motivasi yang ada dalam diri mampu menyerlahkan daya kepimpinan walaupun berhadapan alam situasi yang berbeza.

Di bab yang ketiga, penulis mengetengahkan cara untuk meningkatkan kepimpinan diri.  Strategi meningkatkan motivasi adalah berdasarkan model 7M iaitu matlamat yang jelas, merancang, memulakakan langkah yang pertama, memilih mentor, menetapkan pendirian, minda terbuka dan yang terakhir mempunyai fail peribadi. Setiap langkah adalah berturutan dan bersistematik.  Seterusnya, aspek pengukuhan diterangkan dalam bab keempat.  Aspek pengukuhan dapat dijalankan dengan memperbanyakkan pembacaan, mengimbas kembali, mengkaji masa hadapan serta disiplin dalam menghadapi tekanan.  Penentu utama kejayaan atau kegagalan adalah diri sendiri.  Tekanan mampu menggerakkan kita untuk berusaha menjadikan ia mampu dikawal.  Kawalan amat penting kerana apabila hanya tekanan yang diamalkan tanpa kawalan ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan kegagalan mengawal diri dan akhirnya kita terorong untuk melakukan pelbagai perkara di luar batasan.  Selain daripada kemahiran tersebut, kepimpinan diri juga dapat dikukuhkan dengan membina kemahiran-kemahiran seperti memilih persahabatan, kemahiran menjalin dan mengekalkan hubungan, penyelesaian masalah, cara menghadapi kekecewaan emosi dana kemahiran menghadapi kegagalan.

Perkara yang paling penting dalam kepimpinan adalah dengan menilai diri sendiri serta berani melakukan perubahan.  Bab-bab terawal hanyalah sebagai sandaran serta panduan untuk kita bermula dan mengenali diri sendiri.  Tanpa dorongan serta semangat yang kuat kita tidak akan mampu melakukan perubahan.  Sekiranya kita hanya berpegang pada cara pemikiran yang lama tanpa ingin berubah, kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh.

Dengan memahami isi kandungan buku ini dan mengamalkannya, pembaca dapat meningkatkan motivasi diri seterusnya sentiasa bersikap positif dalam setiap perkara yang dilakukan.

****kakak saya seorang guru dan diwajibkan untuk membuat book review...dan saya pulak mempublishkan kat sini...she wont mind...

Isnin, 19 November 2012

kesihatan terganggu lagi

sejak akhir-akhir ni, semakin kerap sakit kepala datang menjengah....tapi ditahan kan juga...rasanya xperlu memanjakan diri bagi sakit yang tak seberapa..itu lah yang selalu aku fikirkan bila deman atau sakit kepala sebabnya sakit itu adalah dugaan, sakit itu pembersih dosa..aku terima seadanya...boleh di anggap sebagai redha kah??

namun sejak dua menjak nie rasanya soal kesihatan tiak boleh dipandang enteng sahaja...semakin hari semakin kerap sakit kepala....nak kena pergi jumpa doktor agaknya, check sakit apa...sekurang2nya aku tahu penyakit yang datang menghimpit neh....

nak sakit sakit tidak terlalu sakit, masih mampu bertahan..lagipun aku tak suka makan ubat....banyak sangt makan ubat pun tak baik untuk kesihatan jugak, sebabnya ubat itu sendiri mengandungi dadah...

sakit kepala datang tak kira masa, kadang2 pagi, petang mahupun malam...kadang2 sepanjang hari sakit kepala tak hilang tapi sebab ia belum dikategori kan sebagai sangt2 sakit dan masih boleh tahan so, tak payah lah makan ubat kan...kadang kala sakit kepala yang datang menyucuk2, kadang2 terasa memberat je kepala, kadangkala seolah bumi ni berpusing dan kadang kala terasa berdenyut2....

insyaallah bila ada masa free nnti kita check, kalau perlu x-ray, ujian darah lagi bagus..daripada duk check luaran je, tanya sakit apa then bagi ubat...macamlah boleh kesan secara menyeluruh kan....

Rabu, 14 November 2012

kecelaruan melanda lagi

dalam hidup ini, masalah tak akan pernah berhenti untuk datang dan terus meracuni hidup...benarkah masalah itu beracun....ya ia sememangnya racun bagi hati yang tidak kuat menempuhinya, ia sangat berbisa bagi mereka yang takut menghadapinya..

adakah aku cukup kuat??

hati sangat takut untuk berbicara, malahan semakin hari semakin kusut dengan pelbagai peristiwa...kecelaruan melanda lagi...menambah beban fikiran yang terkadang bertambah dan terkadang berkurang...bukan mudah untuk dilalui malahan sehingga pada satu saat, putus asa mula bertapak dijiwa...

sejauh mana hati diuji, selama itulah perasaan jarang sekali merasa tenteram...perasaan berbolak balik ini menjadikan kepercayaan, kesetian mula goyah....jahatkan sang penanti jika sang pencinta mula diragui...

bukan.....

orang kata,

bertindaklah mengikut perkembangan semasa,
bertindak mengikut kata hati,
usah ditakutkan rasa kecewa,
biarkan sahaja berlalu pergi..

lalu bagaimana untuk mententeramkan jiwa andai satu demi satu masalah hinggap dikalbu....

hati yang sakit mempunyai penyakit...sangat mudah terkesan dengan apa sahaja kata-kata yang menghinggapi telinga...masuk meresap ke dalam jiwa, mudah percaya yang benar mahupun nista...tanda hati mulai goyah tanpa ada percaya..

bagiku....

inilah penyakit yang sangat berbahaya...virus yang tiada ubatnya andai jiwa rapuh dan goyah....terkadang merasa derita tanpa punca yang jelas, terkadang merasa bahagia walau hanya sepintas....mudah berubah umpama lalang ditiup angin...berliuk gemalai tanpa arah, cukup sekadar sedikit hembusan...

hati-hati berjalan sendiri,
berjalan menuju ke rumah bonda,
usah terlalu mengikut hati,
tabahkan diri kuatkan jiwa...