Khamis, 20 November 2014

BILA RINDU BERTAMU

Samsul...Samsul bin Mohd Zahari...Sudah 10tahun pergi meninggalkan kami...sesungguhnya, tidak pernah sekali kami melupakan...

Aku masih ingat bila aku terima berita kehilangan...pulang dari sekolah, turun dari bas, kemudian dijemput disimpang jalan, "bila sampai dirumah jangan terkejut ye, sabar deh"..disapa dengan kata2 tersebut,dengan hairan, tertanya2 ada ape..dirumah,  kelihatan penuh dengan orang ramai, dalam hati berkata "ada ape? Ada kenduri ke? Xde plak bgtau apa2.." melangkah naik ke atas, disapa dengan pertanyaan "eda xtau ke?" Mungkin sebab aku tersenyum....dan ya aku memang xtaw bahawa kami kehilangan....

Walaupun kami jarang bertemu..bertemu hanya dihari raya, tahun baru cina, namun kehilangan tetap terasa...menusuk ke hati paling dalam...bertambah sebak pabila melihat luka pada jenazah akibat kemalangan....

Bertambah sebak pabila ayah demam seminggu lamanya selepas bersemadinya abang...

Ayah, walaupun ayah tegas, selalu marah anak2, sebab dia ayah.....sayangnya pada anak2 terlindung pada garangnya, namun sayangnya xpernah kurang.....tapi anak2 xpernah nak paham ayah....

Rindu, sungguh aku rindu...nak balik kg..

Tetiba teringat pada malam nie, air mata mula bertakung...Insyaallah esok aku pulang...rindu, sungguh aku rindu...selamat malam..a

Rabu, 5 November 2014

Diari Seorang Aku (4)

Suatu masa dulu, aku sering saja tersenyum walaupun hanya dengan satu teguran... aku tersenyum kepada sesiapa sahaja..namun bila ku sedari yang senyum ku tiada dipandang. Aku termalu sendiri.

Mudah nya senyuman ku lempar, begitulah jua air mata ku alir...mungkunkah kerana lembutnya hati...atau mungkin juga kerana lemahnya diri...

Berlalunya masa, hatiku ku asuh agar menjadi sedingin, dinginnya salju..hati ku ku asuh agar menjadi sekeras, kerasnya batu...

View that i love the most.... 

Sabtu, 26 Julai 2014

Diari seorang aku (3)

Dulu aku sangkakan bahawa aku sangat suka akan warna hijau. Setiap kali hari raya tiba, baju raya mesti warna hijau.. dari hijau muda, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau pekat..berbagai kategori hijau.. sehingga pabila pintu almari dibuka, separuh daripada baju kurung yang ada berwarna hijau.. bila fikir balik, aku sedar bahawa aku memang suka warna hijau tapi itu bukan pilihan aku.. itu pilihan mak aku sebab dia memang sukakan hijau.. mungkin disebabkan terbiasa dengan hijau, aku menganggap bahawa itulah pilihan aku..

Kemudian, aku cuba untuk pelbagaikan pilihan yang ada.. owh..aku xpernah ada baju kurung warna merah walaupun t-shirt kebanyakannya merah. Mungkin disebabkan aku dan warna merah berjodoh atas pelbagai sebab, aku menjadikan merah sebagai pilihan, merah sebagai warna kesukaan.. setiap kali beli barang mesti warna merah,,dan motor kepunyaan aku juga berwarna merah..adakah aku benar-benar sukakan warna merah… kebetulannya, salah satu seminar yang pernah aku hadiri mengajar kami peserta mengira tarikh lahir dan padanan warna dan kerjaya.. aku api sesuai dengan warna merah dan xsesuai dengan warna hijau…

Sejak dari itu, aku mula meninggalkan warna hijau…bukan membenci tapi mungkin lebih kepada beralih arah…dan sekarang aku mula member tumpuan pada warna biru.. ya biru..

Pilihan selalu berubah, keutamaan juga berubah mengikut masa dan keadaan. Begitu juga denga perjalanan hidup bila kita sangkakan bahawa sukakan sesuatu sama ada orang atau benda, seluruh tumpuan adalah untuk ia.

Namun, bila ada pilihan yang lebih baik, mungkin, atau keadaan yang memaksa sama ada dalam bentuk maklumat atau pencerahan dari sisi baik mahupun buruk, kita mula berubah kerana mengharapkan perubahan itu mampu memberikan harapan, keyakinan yang baru walaupun xseberapa…mungkin..

Adakah ini menandakan bahawa aku tidak tetap pendirian..? berubah mengikut keadaan semasa..dan yang paling penting, aku sememangnya tidak yakin dengan hatiku sendiri..kerana itu aku membiarkan ia berubah mengikut pandangan semasa.. bukan bermakna aku tidak tetap pendirian, namun jika hati tidak mampu untuk berpegang pada kata-kata, bagaimana untuk aku berdiri kukuh pada satu sudut..

Jika hanya melibatkan warna, hijau merah mahupun biru atau mana-mana warna lain, ia bukan satu masalah yang besar.. selagi mana ia mampu memuaskan hati, menenangkan jiwa, menyejukkan mata yang memandang, maka pilihlah…

Namun warna-warni hidup tak semudah yang di sangka…