Rabu, 5 November 2014

Diari Seorang Aku (4)

Suatu masa dulu, aku sering saja tersenyum walaupun hanya dengan satu teguran... aku tersenyum kepada sesiapa sahaja..namun bila ku sedari yang senyum ku tiada dipandang. Aku termalu sendiri.

Mudah nya senyuman ku lempar, begitulah jua air mata ku alir...mungkunkah kerana lembutnya hati...atau mungkin juga kerana lemahnya diri...

Berlalunya masa, hatiku ku asuh agar menjadi sedingin, dinginnya salju..hati ku ku asuh agar menjadi sekeras, kerasnya batu...

View that i love the most.... 

Sabtu, 26 Julai 2014

Diari seorang aku (3)

Dulu aku sangkakan bahawa aku sangat suka akan warna hijau. Setiap kali hari raya tiba, baju raya mesti warna hijau.. dari hijau muda, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau pekat..berbagai kategori hijau.. sehingga pabila pintu almari dibuka, separuh daripada baju kurung yang ada berwarna hijau.. bila fikir balik, aku sedar bahawa aku memang suka warna hijau tapi itu bukan pilihan aku.. itu pilihan mak aku sebab dia memang sukakan hijau.. mungkin disebabkan terbiasa dengan hijau, aku menganggap bahawa itulah pilihan aku..

Kemudian, aku cuba untuk pelbagaikan pilihan yang ada.. owh..aku xpernah ada baju kurung warna merah walaupun t-shirt kebanyakannya merah. Mungkin disebabkan aku dan warna merah berjodoh atas pelbagai sebab, aku menjadikan merah sebagai pilihan, merah sebagai warna kesukaan.. setiap kali beli barang mesti warna merah,,dan motor kepunyaan aku juga berwarna merah..adakah aku benar-benar sukakan warna merah… kebetulannya, salah satu seminar yang pernah aku hadiri mengajar kami peserta mengira tarikh lahir dan padanan warna dan kerjaya.. aku api sesuai dengan warna merah dan xsesuai dengan warna hijau…

Sejak dari itu, aku mula meninggalkan warna hijau…bukan membenci tapi mungkin lebih kepada beralih arah…dan sekarang aku mula member tumpuan pada warna biru.. ya biru..

Pilihan selalu berubah, keutamaan juga berubah mengikut masa dan keadaan. Begitu juga denga perjalanan hidup bila kita sangkakan bahawa sukakan sesuatu sama ada orang atau benda, seluruh tumpuan adalah untuk ia.

Namun, bila ada pilihan yang lebih baik, mungkin, atau keadaan yang memaksa sama ada dalam bentuk maklumat atau pencerahan dari sisi baik mahupun buruk, kita mula berubah kerana mengharapkan perubahan itu mampu memberikan harapan, keyakinan yang baru walaupun xseberapa…mungkin..

Adakah ini menandakan bahawa aku tidak tetap pendirian..? berubah mengikut keadaan semasa..dan yang paling penting, aku sememangnya tidak yakin dengan hatiku sendiri..kerana itu aku membiarkan ia berubah mengikut pandangan semasa.. bukan bermakna aku tidak tetap pendirian, namun jika hati tidak mampu untuk berpegang pada kata-kata, bagaimana untuk aku berdiri kukuh pada satu sudut..

Jika hanya melibatkan warna, hijau merah mahupun biru atau mana-mana warna lain, ia bukan satu masalah yang besar.. selagi mana ia mampu memuaskan hati, menenangkan jiwa, menyejukkan mata yang memandang, maka pilihlah…

Namun warna-warni hidup tak semudah yang di sangka…

Rabu, 25 Jun 2014

Berpisah Jua..

hampir setahun masa berlalu sejak pertama kalinya menjejakkan kaki ke UMP...masa yang singkat berlalu dengan cepat..akhirnya kami berpisah jua....pulang ke kampung halaman tercinta menghabiskan cuti dan berpuasa bersama keluarga..selama 2 semester menjadi roomate, bukan tempoh yang lama, dan bukan juga satu saat yang sekejap...

bila seorang demi seorang balik dan akhirnya tinggal aku sendiri..sebak merantai hati...uittt, ada satu paper lagi esok nie...and now mood nak study dah hilang...sedihh...nak nangis rasa....

pada awalnya, tiada apa2 kurasakan melainkan perasaan ingin pulang membuak-buak di dalam dada..namun semakin dekat detik perpisahan itu tiba, makin sebak rasanya....

maafkan aku wahai roomates ku atas segala kesalahan yang aku lakukan sepanjang kita bersama...mungkin aku bukanlah roomate yang baik, namun aku menghargai kehadiranmu dalam hidupku...

roomate kita bagi surat cinta, alololo..sweet je..
selamat bercuti, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berhari raya...

note# sem depan dah bertukar roomate....rumah sewa belum dapat lagi nie...aduh sayang..