Selasa, 18 Februari 2014

Soal Jodoh....

bila berkumpul ramai-ramai mesti akan timbul soal nie...alkisahnya, hujung minggu lepas aku dan mak aku pergi ke klang, umah kakak.. tengoklah citer menjinak ombak...sebenarnya aku tak minat sangat tengok drama melayu...artis-artis yang baru muncul sekarang ni memang aku tak kenal.  yang lama2 dulu kenallah..  lagipun cerita sekarang kisahnya lebih kurang je....setakat nak tengok sekejap2 tu boleh lah hilangkan bosan, tapi tak ade lah ternanti2 setiap episod...

berbalik soal jodoh, kebetulan waktu tu heroin drama kena paksa kahwin dengan ustaz apa tah namanya timbullah soal jodoh nie..

akak kata kadang2 kita dapat rasa yang seseorang tu bukanlah jodoh kita.  bila bersama dengan dia, kita akan rasa tak selesa dan rasa rimas.  tapi kalo dengan orang yang inn syaa allah jodoh kita kita akan rasa tenang dan boleh bercerita apa sahaja walaupun kita tak terasa nak bercerita... walaupun benda tu sbenarnya kita taknak bercerita..  which means, kita boleh berkongsi dengan dia...

ini mungkin hanyalah pedapat peribadi akak je, tapi bila difikirkan balik ada betulnya juga..  kalau kita dah rasa xselesa nak berhadapan dengan dia, macam mana nak hidup bersama nanti..  memanglah orang kata cinta itu boleh dipupuk...tapi macam mana nak pupuk kalo asal berhadapan je hati rasa panas betul tak...

pape pun soal jodoh nie, bukanlah mainan semata2.. orang zaman sekarang banyak yang lupa diri apabila bercinta...bila buka facebook je, banyak page yang post pasal betapa "rosak"nya remaja kita....tanpa rasa malu membuka aib sendiri sama ada zina, maksiat...semuanya lah...malahan bangga dengan dosa....

mungkin inilah yang dikatakan keterbukaan minda dimana semua perkara sebolehnya dibuka dan dihebahkan pada orang/....

sedarlah, sayang yang sebegitu tak akan kekal...dan mungkin juga anda tak berjodoh dengan dia...kesian bakal jodoh anda mendapat sisa kejahilan kita.....berubahlah sebelum terlambat, sucikan diri dengan taubat...mudahan jodoh yang diperolehi ada keberkatannya...

Selasa, 11 Februari 2014

Dibuai Mimpi

hari ini dikhabarkan dengan berita kematian nenek saudara sebelah ayah....sudah hampir dua minggu arwah sakit dan hari ini jam 9.00 pagi beliau pergi untuk selama2nya....arwah Tok ngoh mek sangat baik orangnye...dia merupakan ibu saudara merangkap ibu susuan ayah....dekat kg nie mostly ada pertalian darah dari sedekat2nye hingga bau2 bacang...kami memang berasal dari sini....diharapkan para pembaca dapat menyedekahkan Al-fatihah untuk beliau...dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang bertaqwa. AMIN..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnya aku nak citer pasal mimpi yang aku dapat pagi tadi...hurmmmm....masih lagi orang yang sama...someone that i used to know....dan kisah dari mimpi ke mimpi seolah2 kisah yang bersambung2 antara aku dan dia....DIA DIA DIA.......

dalam mimpi tersebut aku sedag online facebook...macam biasa...sedang aku scroll new feeds, ada satu video yang dia upload...mengenai dia....dia bersama teddy bearnye, kalo tak silap 3 teddy bear yang besar kaler pink dan salah satunye aku hadiahkan...(aku hadiahkan teddy bear pade lelaki???? kaler pink??? kalo dia hadiahkan kat aku macam best jugaklah kan..nie dah terbalik nie...hurmmmmm) dalam video tersebut dia sedang memeluk teddy bear dan adalah sedikit ucapan kat situ.....dia cakap, kalo xsalah ingatan dan ayat tu aku ubah lah sikit2 bagi sedap ayat...tapi maksud dia lebih kirang je....dia cakap "hari-hari memeluk teddy bear akan berakhir lepas nie nak peluk isteri pulak...."lepas tu keluar gambar aku....

lepas tu aku tersedar lah dari tidur.....

semakin hari semakin pelik dengan mimpi2 yang aku dapat...tapi wataknye tetap sama walaupun situasi yang berbeza2...

adakah mimpi2 ini boleh dikatakan sebagai petunjuk????

ada orang kata, kalau kita mimpikan seseorang, itu tandakan dia sedang merindui kita.....betul ke awak rindukan saya????

ada juga orang kata, kalau kita memikirkan tentang dia sebelum tidur, maka kemungkinan untuk mimpikan dia adalah tinggi.....ade ke fikir pasal dia...rasanya semalam baca novel + tengok running man je....hurmmmmmmmm...

pape pun ini semua mainan tidur...makin difikir makin confius, maka xpayah fikir pape.....ADIOS...

Sabtu, 18 Januari 2014

Di Saat Aku Di Lamar

masih terbayang dalam fikiran. di saat itu, aku sedang mandi manda di sungai. mungkin juga boleh dikatakan kawasan pesisir pantai.  bermain-main di sana sehingga semua masalah yang membebankan hilang ditelan kedamaian suasana petang ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa.

tiba-tiba datang seorang lelaki yang telah lama aku kenali. dia melamar aku.  masih dapat aku bayangkan rupa aku ketika itu.  sangat bahagia.  tersenyum indah.  namun dia katakan bahawa aku masih perlu menunggu dia kerana kami tak mungkin akan berkahwin dalam masa terdekat ini.  kerana, pada saat itu, dia baru memulakan langkah pertama dalam kerjaya. dia ingin memberikan yang terbaik buatku.

aku tersenyum.  bahagia mungkin dengan kata2nya.  lantas aku membalas.  awak tak perlu memberikan saya kemewahan.  untuk majlis tersebut cukuplah yang sederhana.  cincin biasa-biasa pun dah cukup. hanya sebagai tanda.  yang penting kita bersama.

lantas, aku terus pergi meninggalkan dia untuk berfikir.

kemudian.  selepas, kata sepakat mula dicapai, aku bersama temanku mula mencari-cari rumah sewa  untuk kami bina mahligai bahagia.

aku menjumpai sebuah rumah dengan sewa rm200 shaja sebulan.  agak murah kan.  rumah tersebut agak besar, rumah kayu dengan design rumah kampung dulu-dulu.

namun, ada sesuatu yang pelik dengan rumah tersebut.  tuan rumahnya tinggal dibelakang rumah, di sebuah bilik kecil bersama anak perempuannya.  agak pelik sebenarnya.  semasa mengenalkan kawasan rumah tersebut, rumah tersebut kelihatan usang seperti tiada penghuni kecuali kawasan di bahagian yang diduduki oleh mak cik itu.

aku mengajak temanku bermalam di situ untuk mengemaskan rumah tersebut.  mula-mula, temanku itu yang hendah menyapu kawasan rumah, alih-alih aku pulak yang kena.  ikutkan sahaja.

ketika aku hendak mengemas satu bilik yang sangt besar dan lapang.  terasa seperti ada sesuatu yang memerhati.  lantas aku mengajak teman ku untuk menemani ku di situ.  dia ragu-ragu.  sedang kami menyapu lantai dan membersih kan sawang, datang sekumpulan orang yang berpakaian seperti pesilat melayu lama dan menjalankan ritual kepada kami berdua. kami seolah2 terpaku disitu sehinggalah semua berakhir.  dan mereka semua menghilang.  kami terus meninggalkan bilik tersebut.

itu lah, siapa suruh tidur terlajak hingga ke petang.  kan dah mimpi yang pelik-pelik.  muka lelaki  yang melamar masih terbayang2.  kadang2 kalo fikirkan balik kawasan peranginan tempat melamar tu, macam selalu je masuk dalam mimpi.  cuma ni kali pertama di lamar.  cuma aku tak ingat muka kawan yang teman aku tu.  ish..

muda lagi kot.  takkan nak kawin dah, ye tak..  hurm.. tapi rupa aku dan cara aku bercakap dengan lelaki tu macam memang aku menunggu saat tu tiba, betapa happy nye.  cara cakap pun agak menggoda.. cewahhh....pape pun itu semua mimpi......

KALAU BUKAN MIMPI, ADAKAH AKU MASIH AKAN MEMBERIKAN REAKSI YANG SAMA JIKA DILAMAR OLEH DIA??? KAMI HANYA KAWAN.