Rabu, 16 Januari 2013

ikan siakap cukup rasa



ikan siakap 3 rasa,
ada tomato, timun dan nanas,
pedulikan apa orang nak kata,
nanti ngko jugak yang panas...

yang 3 rasa sudah merasa,
yang kukus pun ok juga,
nanti datang le tu penambah perisa,
kena batang hidung sendiri padan muka.

penambah perisa banyak jenama,
maggi ada, halagel pun ada,
jangan jadi talam 2 muka,
kena sepak sakit saja.

bab makan tak pernah habis,
ada sokmo resepi baru,
cerita orang tak pernah dia lepas,
murai pun tak macam tu tau.

lauk dah settle,
skang giliran pencuci mulut,
sekali tengok dah macam google,
aib sendiri pun tak tertutup.

amboi berseleranya makan,
sampai tak tengok kiri kanan,
adat manusia lah kan,
kalo pasal orang menceceh je manjang.

dulu ada le baca kat internet,
katanya kat akhirat ada yg makan daging sdare,
itu le balasan orang mengumpat,
nak merasa teruskan je.

tu dia selingan sikit,
peganti puding yang tak jadi,
pasal agama ambil tahu le sikit,
jangan duk sesuka hati.

penat jugak memasak ni,
yang last skali tembikai laici,
baiknya dia memang tak terperi,
dah banyak pahala dia bagi.

syukurlah perut dah kenyang,
gendang gendut tali kecapi,
mangsa umpat memang untung,
agaknya dah bertimbun pahal free.

ALLAH ITU MAHA ADIL, LET US SAY ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH FOR YOUR KINDNESS

Jumaat, 11 Januari 2013

RESEPI: siakap 3 rasa

beberapa minggu lepas try masak ikan siakap 3 rasa..first time nak buat neh...dan hasilnye sedapppp bangettt...dah lama nak share kat sini tapi xberkesempatan...tanpa membuang masa lagi.......JOM..

antara bahan2 nya adalah...

untuk ikan

1)perapkan ikan dengan garam an kunyit..lepas tu goreng sampai masak....ada sesetengah orang tu dia salut dengan tepung dulu....tp saya buat yang simple je...xyah nak pening2 kepala...

untuk sos / sambal 

4-5 biji bawang putih
2-3 biji bawang merah besar
1 biji tomato
halia
8-10 tangkai cili kering

*semua bahan kat atas dikisar...sesuka hati korang lah nak letak banyak mana pun...masak memasak nie kadang2 xboleh nak ikut resepi sangt...tapi jangan lebih2 plak...saya pun men agak2 je...sesedap rasa..

timun batang
nenas
tomato
lobak merah
bawang besar

* semua bahan2 nie dipotong dadu..jgn besar sangt..kuantiti dia pun agak2 je lah nak letak banyak mana...kalo suka sayur boleh potong banyak sikit..

garam
gula
sos tomato
sos cili

cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis kan bahan kisar sehingga betul2 masak....kalo xmasak rasa dia xsedap nanti...
  2. masukkan sedikit air, garam dan gula, biar kan sekejap...masukkan sos tomato dan sos cili..
  3. selepas seketika, masukkan potongan dadu tadi, apabila rasa sudah sebati, cukup rasa, masukkan ikan dan sedia dihidang..
DAN HASILNYA.....TADAAAAAAAAAAA



SELAMAT MENCUBA

Selasa, 4 Disember 2012

book review MEMIMPIN DIRI SENDIRI


Memimpin Diri sendiri karya Ahmad Zabidi Abdul Razak merupakan sebuah buku yang menerangkan bagaimana hendak membentuk kemahiran memimpin diri. Kemahiran ini amat penting bagi membentuk jati diri serta keyakinan seseorang individu terutamanya bagi para pelajar untuk memimpin diri sendiri mahupun sesebuah organisasi.  Dengan adanya kemahiran ini mereka akan mampu menguasai diri sendiri, tahu merancang masa hadapan dan tidak mudah mengalah dengan cabaran. Buku ini terdiri daripada lima bab yang utama dan dipecah-pecahkan kepada beberapa topik kecil. 

Bab pertama pertama dalam buku ini adalah mempimpin diri sendiri.  Di dalam bab ini potensi serta pengertian kepimpinan diri diolah secara ringkas tetapi padat dengan penerangan yang mudah difahami. Kepimpinan diri adalah proses seseorang individu menggunakan kekuatan dan kemahiran akal serta potensinya secara menyeluruh.  Bab kedua pula merangkumi teori-teori membina kepimpinan diri.  Pelbagai teori diperkenalkan dalam pelbagai bidang agar ia dapat digunakan sebagai panduan memimpin diri. Sebagai contoh, teori daya motivasi McClelland terdiri daripada empat daya motivasi yang utama antaranya adalah motivasi pencapaian, motivasi penggabungan, motivasi kemampuan dan motivasi kuasa.  Setiap motivasi yang ada dalam diri mampu menyerlahkan daya kepimpinan walaupun berhadapan alam situasi yang berbeza.

Di bab yang ketiga, penulis mengetengahkan cara untuk meningkatkan kepimpinan diri.  Strategi meningkatkan motivasi adalah berdasarkan model 7M iaitu matlamat yang jelas, merancang, memulakakan langkah yang pertama, memilih mentor, menetapkan pendirian, minda terbuka dan yang terakhir mempunyai fail peribadi. Setiap langkah adalah berturutan dan bersistematik.  Seterusnya, aspek pengukuhan diterangkan dalam bab keempat.  Aspek pengukuhan dapat dijalankan dengan memperbanyakkan pembacaan, mengimbas kembali, mengkaji masa hadapan serta disiplin dalam menghadapi tekanan.  Penentu utama kejayaan atau kegagalan adalah diri sendiri.  Tekanan mampu menggerakkan kita untuk berusaha menjadikan ia mampu dikawal.  Kawalan amat penting kerana apabila hanya tekanan yang diamalkan tanpa kawalan ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan kegagalan mengawal diri dan akhirnya kita terorong untuk melakukan pelbagai perkara di luar batasan.  Selain daripada kemahiran tersebut, kepimpinan diri juga dapat dikukuhkan dengan membina kemahiran-kemahiran seperti memilih persahabatan, kemahiran menjalin dan mengekalkan hubungan, penyelesaian masalah, cara menghadapi kekecewaan emosi dana kemahiran menghadapi kegagalan.

Perkara yang paling penting dalam kepimpinan adalah dengan menilai diri sendiri serta berani melakukan perubahan.  Bab-bab terawal hanyalah sebagai sandaran serta panduan untuk kita bermula dan mengenali diri sendiri.  Tanpa dorongan serta semangat yang kuat kita tidak akan mampu melakukan perubahan.  Sekiranya kita hanya berpegang pada cara pemikiran yang lama tanpa ingin berubah, kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh.

Dengan memahami isi kandungan buku ini dan mengamalkannya, pembaca dapat meningkatkan motivasi diri seterusnya sentiasa bersikap positif dalam setiap perkara yang dilakukan.

****kakak saya seorang guru dan diwajibkan untuk membuat book review...dan saya pulak mempublishkan kat sini...she wont mind...